sesal dan semangat

Dalam masa yang singkat, aku merasai berjuta rasa yang mungkin sebelum ini tidak pernah aku rasai,
sakitnya rasa-rasa ini... pedihh...
roda sentiasa berputar membawa kau ke atas dan ke bawah,
perjalanan hidup yang sememangnya susah untuk dijangka, Namun telah mengajar aku dengan seribu pengertian.
Hebat kehidupan ini, terlalu hebat. Jika kita terlalu baik... akan hadir ujian untuk kita. Dan samalah sebaliknya.
Entah bagaimana mahu aku terangkan, disaat aku ingin sekali meluahkan isi di sini, aku rasakan tidak termampu, susah untuk ku gagahkan diri untuk bangun dan meluahkan di sini. Tidak terdaya aku rasakan saat itu.
Satu persatu ujian datang menghadap....
satu persatu sehinggakan aku rasakan tidak mampu untuk melalu semua ini.

hidup bagaikan keseorangan, bagai tiada tempat untuk aku luahkan,
sedangkan tanpa sedar, aku dikelilingi oleh orang-orang yang sayangkan aku,
aku lupa mereka...
sehinggakan jejak kesedihan kau disedari insan yang paling penting dalam hidup ku,
orang yang sangat dan sanggup bekorban apa saja demi kebahagiaan aku,
iaitu ibu ku....
Ibu... maafkan anak mu, andai aku mengabaikan diri mu,
di sini aku abaikan masa ku dengan dirimu,
aku hiraukan panggilan istilah dari mu....
namun saat aku terjatuh, kesan yang ku rasai sampai kepada mu... engkau datang tanpa ku isyaratkan,
ibu...hebatnya kuasamu...kuasa seorang ibu.

Saat ini, aku mula berfikir dan bertindak,
bertindak demi kepentingan ku, dan ibuku serta orang-orang yang mengharapkan kebahagiaan dan kejayaan aku...
aku mahu berdiri di atas kaki ku sendiri, aku akan cuba bangun dan berdiri sendiri.
berdiri dan terus melangkah dengan semangat dan azam yang tinggi...
tidak mahu aku toleh lagi...
wahai sejarah dan hayalan...andai engkau mahu pergi dari ku...dipersilakan...
aku tidak mahu dibelenggu oleh mu...aku tidak mahu lalai kerana kamu...pergi dan terbang bebaslah dikau jauh dariku....

2 comments:

Miss Volvo said...

ini adalah perkara biasa bagi seorang manusia :P

si_mone said...

ya...putaran hidup manusia bukan...:)