lamunan sesalan

Dalam kehidupan kita, telah dituliskan akan jodoh, takdir dan kematian kita sejak azali lagi.
namun sedarkah kita kan itu? kita kadangkala melawan arus takdir kita sehinggakan membinasakan diri sendiri.
Ada daripada kita, insan-insan yang telah terlanjur jauh hanyut dalam keasyikan cinta...
Cinta duniawi... dan dilupakan cinta ilahi...
Aku bukan berbicara tentang insan lain, namun tentang diriku juga... Kita bukan insan yang sempurna yang mampu menghakimi akan ya pada semua perkara dan benda.
Hidup di sini, sentiasa menguji.. menduga kita dengan berjuta-juta cara dan alasan.
namun adakah kita sedar....?? aku mengutarankan persoalan ini dibenap ku dan juga kamu yang sentiasa menjadi pentafsir.
Kita melihat mereka bahagia... namun apakah mereka benar-benar merasakannya...
kita lupaa bukan? ketawa seseorang boleh menutupi kesedihan dan kensensaraan yang ada di hatinya.
hebat bukan...? Manusia yang digelar bonekakerana kita mampu melakonkan berjuta watak tipuan bagi menyelamatkan diri sendiri dari sebarang tanggapan manusia lain.
Kita kadangkala tidak mahu mereka tahu akan apa yang kita rasai saat itu,
sakit sedih dan merana, bagai mahu meraung menangis deruan air mata darah di situ,
namun kita tidak mampu melakukan itu.. kerana apa? kerana hati sendiri.
Yang kita termampu hanya mempamerkan wajah berwana kelabu yang tiada makna keindahan,
hanya itu yang kita termampu...

Aku sentiasa ulangi persoalan yang sama...
bertanya dalam hati kecil, akan apa yang telah aku lakukan.
Bagai tergambar jelas kebahagiaan palsu yang aku miliki.
Aku telah cuba bangun dan gagah melangkah lagi... namun, bagai takdir ku tetap bergitu.
datang permulaanya yang begitu membanggakan, dan pertengahan yang merana, kecewa dan menyalahkan diri sendiri dalam kesedihan dan penyesalan...

No comments: