Cinta itu ketawa dan air mata

Cinta itu ketawa dan air mata.Dalam sedar atau tidak kita pernah mencintai seseorang. Cinta yang dikatakan  kerana Allah s.w.t. Namun kita tertanya-tanya mengapa cinta itu pergi sedangkan kita masih mendambakannya terus-terusan ketika itu? Mungkin pada ketika itu kita merasakan dialah yang terbaik, dialah yang paling sempurna & dan dialah jodoh yang telah ditentukan kepada kita. Namun akhirnya kita tertewas dan kita sendiri yang jatuh tersungkur kerana perginya si dia dengan insan lain. Dan Itulah hakikit percintaan, datang dan pergi adalah perkara biasa dalam masam manis adat percintaan.
Namun jika ini berlaku pada diri anda, mengapa perlu kamu bersedih keterlaluan sedangkan si dia sedang bahagia megah di sana. Bangkitlah,usir segala lara semalam,jika di seseorang yang baik seperti yang anda bayangkan. Si dia tidak akan pernah meninggalkan anda. Tidak perlu melemparkan diri ke kancah kemurungan dan keperitan yang dicipta sendiri, namun bangun & bangkitlah lupakan apa yang telah berlaku.

Apa yang berlaku dalam kisah cinta anda, anda pasti salahkan orang ketiga iaitu teman baru bekas kekasih anda. Tidak kita lelaki atau pun perempuan bukan? semuanya menunding jari menyalahkan insan lain. Mungkin kerana anda di pihak yang benar yang anda sendiri rasakan. Namun terdapat cara-cara untuk anda membalas dendam atas segala yang telah mereka lakukan pada anda.
Mengikhlaskan kebersamaan mereka berdua, kerana jika si dia kekasih yang baik, dia tidak akan pernah mengkhianati anda. Bahkan orang yang mencuri kekasih anda, sebenarnya mencuri seorang pengkhianat...
Lalu, mengapakah anda bersedih dan memburukkan kehidupan anda sendiri kerana menyesali perginya orang yang tida baik...?
Damaikanlah hati anda, pengkhianatan balas pengkhianatan adalah cara yang tidak enak & baik rasanya untuk menyelamatkan anda...
Wahai Teman, bersabar dan bertenanglah atas apa yang berlaku. Tanpa kamu sedar semuanya telah direbcanakan oleh Allah s.w.t. Kamu mungkin tidak sedar akan apa yang kamu rasakan ia baik buat kamu sebaliknya telah menyakitkan kamu dan membunuh kamu tanpa kamu sadar & kadang-kala apa yang kamu rasakan buruk buat kamu adalah sesuatu yang terbaik untuk diri kamu selamanya...
Sahabat...
Cinta itu adalah anugerah Allah s.w.t. yang terindah buat hamba-hambanya. Sebelum kamu inginkan seseorang yang terbaik buat diri kamu, baikilah diri agar menjadikan diri kita terlebih dahulu baik untuk orang-orang disekeliling kita. Jangan kamu mengharap orang yang baik dan sempurna hadir dalam hidup kamu, sebaliknya jadilah yang terbaik dan sempurna terlebih dahulu buat insan lain...


Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.......

4 comments:

-syira- said...

sedihnya baca..susah nk lpaskan org yg kita syg..:(

liyana said...

Kadang-kadang sbb cinta ni org yg beperwatakan alim macam ustazah pun boleh berubah..

semuanya sbb putus cinta...

si_mone said...

syira...

mmg susah....tapi kita harus lepaskan jika ia xmberi kebaikan pd kita...:)

si_mone said...

liyana...

ya... setiap org akn berubah...cuma caranya sahaja yg belum kita ketahui bagaimana perubahan yg akn kita lalui dan yg akn kita bawa...:)