Jangan bersedih andai hari ini engkau diuji sahabat

Dalam mentafsir kehidupan ini, kita akan mengenal segala arus yang telah kita lalui, baik buruk. Kadang-kala berliku-liku laluannya bukan, namun kita masih tetap melangkah walaupun perik rasanya. Itulah takdir, takdir kehidupan kita.

Allah tidak akan sesekali menguji kita diluar batasan kekuatan diri kita, setiap apa yang berlaku sebenarnya kita mampu laluinya cuma cepat atau lambat perjalanan kita bertaktih bagi merentasi laluan ujian itu.

Dalam mencari kekuatan diri, kita selalu menyerah tanpa berjuang terlebih dahulu. sahabat, Apabila kamu dalam kesedihan & kelemahan carilah sahabat yang sentiasa ada dalam suka dan duka kamu, Luahkanlah padanya walaupun dengan tangisan jika itu mampu membuatkan dirimu berasa lepas dari beban yang berat yang kau tanggung seorang diri.

Ada kalanya kita sebagai manusia sangat perlukan motivasi dan inspirasi dari seorang sahabat agar hidup ini tidak down, tidak putus asa, dan tidak terus terlena dalam keterpurukan. 


Selain bantuan dan saran dari sahabat yang mampu diajak untuk berbagi, kita juga perlukan kata-kata yang mampu membangkitkan gairah dan semangat supaya kita terus bangkit dan berjuang.
Carilah sahabat yang mampu memberikan kamu kata semangat dan kekuatan, jangan kau cari sahabat yang membawamu ke lembah kehinaan.

Dunia sentiasa berputar selagi tiada kata henti dari Allah s.w.t... selagi ia berputar, langkahlah engkau wahai sahabat. Jangan kau toleh pada kenangan yang lalu yang akan menyakiti diri & hatimu.

Biar seribu kali engkau dilukai dengan perkara & kenangan yang lalu, namun sedarkanlah diri dan hatimu secepat yang kau mampu, kerana di kehadapan kelak, Allah akan menggantikan semua itu dengan kebahagiaan yang tidak akan engkau jemu sampai kapanpun.

Melangkah lah wahai sahabat, biarpun engkau kini masih bersedih dengan masa yang lalu, namun pintalah pada Allah yang satu, Dia sememangnya sentiasa bersamamu. Takdirnya yang menduga pada dirimu kerana Dia kasih dan sayang pada hamba-hambaNya yang setiap satu.


Sahabat, kamu tidak boleh mencipta pengalaman namun kamu mesti menghadapinya. Sahabatku, Kekuatan itu tidak akan pernah datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya akan datang dari semangat yang tidak pernah mengalah...
Sahabatku... Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna buat dirimu jika kegagalan semalam tidak pernah engkau dijadikan ia sebagai teladan dalam hidupmu...

2 comments:

liyana said...

Moga Allah SWT kuatkan semangat & iman kita semua dalam menempuhi ujian dari-Nya :)

si_mone said...

Amin.. Amin.. Amin... insyaAllah... :))