Ayah


Ayah...
Aku kehilangan panggilan itu
masa kecilku yang tiada apa yang aku tahu...

Ayah...
Pernah dulu aku bertanya
pada ibu yang sentiasa setia dengan rutinnya menggantikan posisimu,
"ibu, mana ayahku..."
aku mahu seperti mereka yang punya ayah dan ibu...

Ibu hanya terdiam
membisu dan mengubah haluan pertanyaanku...

Ayah,
kemana engkau pergi
meninggalkan aku dan ibu
yang hidup dalam kesusahan dalam waktu
yang tiada sesiapa membantu
yang tiada sesiapa menghidu
akan keperitan anakmu
yang sememangnya ketandusan kasih sayangmu...

Ayah,..
kini aku berjaya
mencapai posisi ke mercu,
namun sampai sekarang
engkau tiada ku jumpa dan ku temu,
kemana engkau ayah...
langsung engkau hilang tanpa jejak dan khabar berita...

Ayah...
sampai hatimu
membiarkan aku hidup dan membesar tanpa kasihmu,
tanpa perhatian dan mainan seperti kawan dan temanku...

Ayah...
aku masih menunggu hadirmu
walaupun kataku benci padamu,
namun hakikatnya aku mahu kenal siapa engkau wahai ayahku...

Ayah...
ingatlah aku,
Aku akan menunggu
kerana aku tahu engkau juga begitu
walaupun hakikatnya mungkin engkau tidak pernah fikirkan aku
anakmu yang kau buang bersama isterimu
tanpa rasa sayang dan rindu.....

6 comments:

khir said...

kalau benar ini luahan hati kamu, aku berasa amat simpati...meski aku sendiri tidak dapat menyelami...tabahkan hati...cuma aku katakan di sini bahawa aku seorang ayah...kesedihan seorang anak pernah aku alami...

si_mone said...

benar ini luahan hatiku cikgu....
saya bukak youtube, tiba2 ada video pasal ayah. Saya terfikir akan ayah sy, bagaimana rupanya...bagaimana lagaknya..tiada sy tahu kerana dia pergi masaku masih kecil tiada kenal apa...

dulu sy mahu seperti insan lain yg punya ayah,
pergi jalan2 bersama ayah...makan bersama2 dgn ayah...ayah belikan pakaian dan mainan... ayah bawaku berjalan2 tanpa rasa penat dan lelah....

hidup kecilku hanya ibu dan nenek disisi...aku dibesarkan seperti insan lain namun hanya ibu yg mjadi ibu dan ayahku...

aku diajar bagai mana susah hidup ini...
aku diterangkan bagaimana cara hidup yg kurang sempurna seperti insan lain...
aku dilatih bagi belajar mencari sesuatu yg ku inginkan sendiri...

kerana hidupku tanpa insan yg bernama ayah disisiku....

khir said...

Bukan semua orang dapat nikmat hidup seperti kamu...
aku tak rasainya.

Kamu juga harus bersyukur, kamu masih punyai ibu.

Aku enggan beri simpatiku
kerana aku tak mahu
kamu menjadi lemah
sedangkan hati kamu
warisan ibu
sudah lama berakar
berpokok dan berbuah iman

kata kawan aku
Allah kan ada!

si_mone said...

terima kasih cikgu... ya sy punya ibu, dan kini aku punya ayah, walaupun tiri buatku... Allah maha kuasa, Dia hadirkan seorg ayh yg bergitu sempurna buat hidpku...

bagaikan Dia gantikan buat aku sehinggakan aku rasa sempurna ada Dia :')

kasih sayang,perhatiannya, tanggujawabnya, didikannya..sempurna..
sampaikan aku pernah berkata dia adalah ayah ku dunia akhirat..

khir said...

i feel relief now and happy for you. Keep the best and get rid all bad things,,,keep on going...i wish you best of luck young lady... bye

si_mone said...

terima kasih cikgu...

doakan saya berjaya dunia kahirta demi mereka2 yg mengharapkan kejayaan dan kebehagiaan sy...