biarkan semuanya berlalu

aku bermimpi
mencapai awan yang tinggi
hebat rasanya bukan,
namun ia tetap mimpi dan bukan realiti....

Aku mendongak ke langit
membayangkan akan sesuatu yang tidak pasti
sedih rasanya hati ini
kerana hadirnya hanya sementara buat diri ini

aku menceritakan sesuatu yang terusik
dia hadir memberi blasan buat diri
namun aku hanya merasa simpati yang terpaksa dibukti
dan ternyata kini dia hilang dan jauh dari diri ini

aku menanti walaupun aku tahu kepastiannya nanti
rasa sedih dan harusku membawa diri
namun sedarlah wahai teman di hati
aku menerimamu walau masanya silih berganti....

Dalam hidup ini, kita tidak perlu memberi harapan...
tambahan pula pada sesuatu yang kita tahu sementara hadirnya buat kita...
Bukan diri ini mahu menanam dengki,cuma mahu diri dan hatimu terpelihara dari kesakitan yang nantinya terasa terlalu panjang...

Ingatlah, segala yang ada dalam hidup kita hanyalah sementara....
terima dia dengan seadanya akan siapa dirinya...dan ikhlaskanlah dia pergi jika itu adalah kehendaknya, kerana di suatu saat nanti engkau akan rasa syukur mengapa Allah hadirkan si dia datang dalam hidup mu dan mengapa Allah pisah dan membiarkan dia pergi dari hidupmu...... :)

4 comments:

khir said...

Mone...
Barangkali kita memangnya dungu
kerana sering ingin mengucup dosa
sedang durinya kita tahu
menikam pahala.

Barangkali juga kita memangnya keras kepala kerana sering
memandang tanpa mata dan
mendengar tanpa telinga
sedang kita tahu
pelayaran nafsu-nafsi
perlukan mata hati.


Mahukah kita beringat?

si_mone said...

mungkin kerana batasan usia menjadikan saya seorang yang meminta
pada sesuatu yang kadang-kala sudah tahu tiada berupaya...

saya sedang berusaha
menangani rasa gundah yang tidak sepatutnya
dirasai oleh saya...

saya sedang berusaha menangkis semuanya...demi cinta Ilahi yang tiada batasnya....

tegurlah saya cikgu...moga saya mampu menjadi muslimah yang terpelihara dari dosa dunia yang memudaratkan diri saya...

khir said...

Mone...

Aku cuma manusia hina
yang tidak tahu duduknya di mana
di sisi Tuhannya

jangan kau minta apa-apa
jangan kau puji puja

si_mone said...

semua manusia punya pandangan berbeza...

baik buruknya kdg kala memberi yg terbaik buat sesiapa...