Dirimu Hebat


Aku terpandang awan gelap di sana
membuatkan hati terasa teduh dan dingin seperti udara yang ku rasa saat itu
fikiran mula melayang kerana sememangnya saat seperti itu membuatkan aku terfikir akan bermacam
hati mula terdetik, fikiran mula melayang...
Apa yang aku cuba mainkan dengan perasaan yang cuma sebentar
hadir disini meninggalkan sebutir mimpi indah yang mungkin dikenang samapai bila-bila.

Aku terfikir akan nilai diri yang serba kurang dari mereka
luar dan dalam bagaikan sama
tidak seperti mereka yang punya citarasa serta kelebihan yang terserlah di mana saja.
Semua ini membuatkan diri terasa kekurangan dalam sesuatu benda
yang sentiasa bermain dengan hati dan prasangka.

Hati jangan kau berduka
Tuhan jadikan engkau cukup sempurna
tiada yang mereka punya dengan apa yang kau ada
kerana setiap insan dijadikan dengan keistimewaan yang pelbagai rupa.
Jangan bersedih, jangan berduka...
Lihat di sana, ada mereka yang lebih berduka
kerana kekurangan yang menghalang dari mencapai cita.
Bersyukurlah dengan apayang kau ada, kuatkan semangat, teruskan usaha..
akhirnya nanti engkau akan berjaya... :)

2 comments:

khir said...

" One is never as unhappy as one thinks, or as happpy as one hopes to be"

If you belief in Allah's qada and qadar, you'll know that everything has a blessing in disguise...good luck

si_mone said...

ya, tepat sekali cikgu...

jika kita terima ketentuan Allah... semuanya akn baik-baik saja. Apa yg terjadi adalah sesuatu utk menjadikan kita lebih baik tanpa kita tahu... :)