Hanya PadaMu Aku Berserah


Dalam riuh hiruk pikuk manusia
Aku seorang diri melayani hati...

Hati terasa terbelenggu
mungkin kerana aku semakin jauh
dari rahmat dan keberkatan dalam hidup

Aku berusaha mencari di mana salahku
namun tiada ku temui
kerana mungkin kejahilan menutupi
pintu antara dua hati
Pencipta dan dicipta

Ya Allah,
aku merayu
tenangkanlah hatiku
dalam mencari ilmu dan redhoMu
dalam menjalani kehidupan yang semakin berliku

Kuatkanlah azamku
permudahkanlah jalan buatku
berilah aku ketenangan nur kasihMu
agar terlaksana segala takdir kesempurnaan imanku

Ya Allah,
aku mohon dan minta hanya padaMu
berilah aku ketenangan dalam masa dan waktu
agar segalanya sempurna dalam aku melaluinya
dengan mencapai segala hajat dan hasrat di hatiku

Ya Allah, Yang Maha Kuasa
aku berserah segalanya kepadaMu
kerana hanya kau yang tahu dan menentu
akan segala apa yang terbaik buatku

Suburkan cintaMu
dalam segenap hati dan jiwaku
hanya dengan rahmatMu
aku mampu terus melalui dengan rasa
cinta dalam penuh syahdu

CintaMu merupakan cinta sebenar-benarnya cinta
yang menjanjikan kebahagiaan hakiki dan abadi
tanpa sebarang kesan cela luka dan terluka
di hati dan jiwa sesiapa pun yang bergelar manusia....

4 comments:

khir said...

makin bijak mengahwinkan idea dengan kata-kata

syabasssssssssss...

si_mone said...

maksudnya cikgu???

khir said...

salam...

biar aku katakan begini
pena kamu
semakin gemalai tarinya
susunnya manis
meskipun tersandung sekali-sekali
masih nampak asli
padat berisi

si_mone said...

waalaikummussalam... :)

terima kasih ya cikgu,
kerana setiap patah ayatmu menjadi jawapan setiap luahan hati murniku...