kupunya ketenangan itu


salam ku beri, pembuka madah bicara...
senyum diberi, melupakan seketika aku pada rasa perik yang pernah menyinggah...
kalam dibuka, mencatik liku bentuk puisi nan indah
menyulam makna dan kata yang mungkin ada yang memahami ataupun tidak...
senyumku terukir, kerana ada sesuatu ketenangan yang berlegar menari mengikut irama dan rentak nan indah.

damainya rasa,
sejuknya terasa...

ligak fikiran ini mentafsir segala apa yang pernah ku lalui...
membuatkan aku mampu tersenyum, alhamdulillah.... rasa yang mungkin ada diantara kita pernah merasainya.
semuanya menjadi kenangan pahit yang kini aku merasakannya manis kerana pengalaman yang ku pungut dari   keadaan dan situasi cemas jiwa dulu.

Allah s.w.t hadirkan aku insan-insan yang menguji hati serta jiwa ini, membuatkan aku terduduk menangis tanpa air mata, murum bayangan yang sampaikan jatuh ke riba.... sakinya rasa, pilunya rasa sehinggakan tiada tafsiran bicara yang mampu aku ceritakan. Aku tahu hidup insan lain lebih derita, namun bagiku insan yang tiada cabaran hebat dalam hidup, semuanya itu menjadikan berat dan payah buatku.. semuanya menguji... membuatkan aku termanggu seorang diri yang lamanya telah membawa aku belayar jauh dari tempat asal kelahiranku...

Kini, semuanya bagaikan jawapannya...
mengapa aku perlu bersedih...
dijadikan bahan pengubat sunyi luka dan lara...
menjadikan aku situasi perbalahan kata...
menjadikan aku orang pertengahan yang akhirnya menjunam kesepian bagai seorang persalah...
menjadi seorang penyelamat yang jasanya dilupakan...
aku tidak kisah akan semua pekara ini....kerana aku tahu jawapannya kini...

Semuanya dijadikan buat ku dulu agar ku tahu bagaimana hidupnya manusia yang dipanggil insan...
insan itu harus merasai rasa sakit, kecewa, terluka,..
insan itu harus merasai rasa terhina, dihina dan dikianati...
insan itu juga harus merasai rasa sedih, berduka dan diluka...
semuanya bagi menjadikan insan itu adalah makhluk yang berhati mulia....

Aku bersyukur...
kerana kini aku punya jawapan bagi semua pertanyaan ku..
mengapa... agar aku menjadi insan yang kuat untuk menghadapi kehidupan ini.
setiap insan yang ku rasakan sempurna buatku, belum tentu mampu menyempurnakannya buatku.
setiap pekara yang ku rasakan baik untuk ku, belum tentu ianya baik dan sempurna bila menjadi hak situasiku...
segalanya.... aku punya jawapan....
untuk aku menjadi insan yang terlindung tanpa rasa penyesalan dipengakhiran perjalananku nanti....

ya Allah... permudahkanlah untuk ku dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cubaan yang mencabar jiwa dan hati kecilku. Aku berlindung dalam rahmat dan hidayahMu... aku mohon pertunjukMu ya Allah, lapangkanlah hati dan jiwaku terus menerus seperti saat ini yang fikiraku sentiasa mengingatiMu. Pertemukan aku dengan hamba-hambaMu yang taat penuh setia dalam menjadi insan mulia dalam agama suciMu.... Aku mahu belajar redho... akan sesuatu yang bukan hak untuk ku, aku mahu belajar menerima jika sesuatu itu perit untuk ku menghadapinya....Permudahkanlah buat ku... sesungguhnya hanya padaMu ku meminta....

2 comments:

khir said...

Ahhhhhh...
mengapa mesti kamu menjadi begini
mengambil segala yang masam
manisnya kamu buang!

Ahhhhh...
mengapa mesti kamu menjadi begini
melayan air mata
membuang senyum!

Ahhhhh..mengapa kamu menjadi begini

si_mone said...

saya jadi begitu kerana saya pernah percayakan mereka...:'(

saya jadi begitu kerana saya pernah sayangkan mereka... :'(

apabila saya ditikam tanpa terfikir sagala apa yg telah sy lakukan pd mereka, membuatkan hati saya sedih....

saya tidak minta untuk disanjung...

saya tak minta untuk diingati...

saya tak minta untuk di sayangi...

namun hanya satu..
jgn sakiti hati saya, kerana hidup sy, sy sygkan siapa saja yg pernah hador dalam diri dan liku hidup ini.kerana kesakitan yg mereka beri mampu btkan sy jatuh..menangis tanpa berdaya... :'(