pendapat

Apabila kita difitnah oleh seseorang yang membuatkan kita dipandang serong secara mentah-mentah, Perlukah kita melayan dia baik seperti dulu sedangkan hati ini susah mahu terima dia kembali seperti dulu dan terasa geram bila dia berada di samping kita . Sungguh dalam hidup aku , aku tak pernah jumpa manusia seperti kau ! sampaikan aku sendiri tak tahu macam mana mahu katakan apa-apa. Aku tidak mahu menegur kau, sebab nanti teruk keadaannya. Aku akan bersabar, tapi aku harap kau jangan menambah sakit hati aku lagi.

~Kesabaran manusia ada batasnya. Kau perlu sedar apa yang engkau dah buat walaupun kau rasa diri kau tak salah dan tak tahu apa.

KAU MEMANG ! BILA DAH SALAH, BILA AKU TEGUR DAN KATA APA-APA, SEMUA KAU CAKAP TAK TAHU !! APA YANG KAU TAHU AKU PUN TAK TAU.

7 comments:

khir said...

kenapa kamu memilih untuk menjadi ribut sedangkan kamu boleh menjadi bayu yang berpuput lembut

lihatlah ribut itu ditakuti
oleh lantangnya ia menyergah
mencabut meranap segala cinta
menumbuhkan ratap dan air mata

kalau kamu menjadi bayu
kasih akan tersebar jauh
juga pada dia
umpama kasihnya Al Amin
mengumpan hikmah dalam gelap jahilliah

si_mone said...

ini hanya sekadar luahan ...
di hadapannya saya rasa terbatas utk berkata-kata..
kerana rasa yg sudah tidak selesa dan demi air mukanya yang jika tidak akan menempah rasa yg tidak selasa..

saya ambil utk berdiam...
walaupun kata-kata tidak terluah dengan patah dan kata..jari jemari ini lincah menerbitkan silang kata kerana itu yg mampu menenagkan saya sebagai hamba yg sememangnya hina..

khir said...

Mone...

kasihani diri kamu
jangan biarkan ia tergoda oleh kecewa
cepat kumpulkan bekalan yang dahulu
selalu kamu bawa dalam kembara
pemberian ibu ayah guru

Mone...
everybody have the right to choose cause there's a lot of choices Allah's has given us. Choose happiness rather than sadness. Don't let others win because we surrender ourself to failure. Like i always said, all things are given to us on Allah's will. Itulah yang terbaik bagi kamu. Choose happiness, i'm sure you'll be fine. Have a big smile today and tomorow and the days onward. Bye, good luck.

khir said...

one more things..
lagu kamu ni sedih-sedih sangat.
Apa kata bagi yang genbira sikit ke yang kelakar ke...

si_mone said...

Terima kasih cikgu....
saya akan berusaha utk jadi yang terbaik dgn melupakan kesedihan dan kesakitan.

tapi kdg2 kita tak lari dari rasa itu bukan?

mungkinkah kerana saya seorang yg sangat sensitif...

khir said...

menjadi semalu itu banyak untungnya
daunnya layu menguncup apabila disentuh
namun bunganya tetap kembang
membulat
akarnya
jauh ke bumi
menegakkan tubuh kerdilnya
kalau kamu fikir
itu kamu
menjadi sepertinya adalah tuah
pemberian Azzawajalla

si_mone said...

terima kasih cikgu.. :) saya akan cuba jadi seperti hidupnya daun semalu... :)