Terasa Aku Dekat DenganNya


Bila seorang diri
hati mula mencari sasaran pasti
untuk cuba membaiki
akal hati yang mungkin sudah dikianati

Bila seorang diri
ligat akal mula berinteraksi
memutarkan kembali
akan segala sejarah sebelum ini

Bila seorang diri
diri bagai terhenti
dari segala macam interaksi
melihat langit yang indah berawan putih
mewarnai langit biru yang begitu tinggi
membuatkan semuanya menghayati

Nikmat yang tiada terhingga... semoaga segalanya itu mampu membuatkan kita sentiasa muhasah akan diri....

~Jaga Hati Jaga Diri

4 comments:

khir said...

nikmat itu
selalu kamu mahu dustakan
apabila hati memeluk dunia

nikmat itu
selalu mahu kamu dustakan
apabila hati berteman bahagia

nikmat itu
selalu mahu kamu lupakan
apabila hati berakar ceria

si_mone said...

adakah sy tidak bersyukur akan apa yg saya miliki...

khir said...

tentu sekali bukan kamu yang aku maksudkan
aku cuma menyatakan sikap bahlol manusia
mengkhianati pemberian azzawajalla
memangnya mereka selalu meminta-minta
dan merayu-rayu mahu bahagia sejahtera terhindar petaka

kerana tololnya manusia
musibah dianggap bala
laba diangkat mulia

si_mone said...

benar sekali...

yang hitam selalu dipandang putih...