Subuh Hari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Dingin subuh mendakap erat tubuh
nyaman dan sejuk terasa segar
walau mulanya terasa berat untuk melangkah menghadap Pencipta.

Engkau berikan aku rasa semangat
Engkau memberikan aku rasa kehambaan
Engkau memberikan aku rasa kesyukuran
Dan Engkau memberikan aku rasai apa itu kenikmatan

Terima Kasih ya Rabbi atas segala rasa
yang mungkin tidak semuanya merasai apa yang aku rasai,
Moga jalanku sentiasa Engkau redhoi
Bersama berkat kasih restu ayah dan bonda yang sentiasa dihati...

Dalam melalui kehidupan yang semakin hari semakin menguji
Tabahkanlah hati
Setiap ujian akan mematangkan diri.
Apa yang dihadirkan buat diri
Lalui segalanya dengan kesabaran dan akal yang berpotensi
jangan dicemuh dengan keluhan yang menyakiti
kerana setiap apa yang diluahkan akan memberi kesan yang ternyata dapat mengurangkan keyakinan diri...


Salam ikhlas buat semua para sahabat, moga hari ini kita dapat lalui dengan keberkatan yang sentiasa diredhoi :)


~ Semoga sampai syurga !

2 comments:

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

rasa tenang bila masok blog mone :))

si_mone said...

terima kasih...

alhamdulillah..
selalu2 la datang ea Ayazuki ;)
hehee...