Perkahwinan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
"wahhh... Bestnya, nak macam tu juga..." Bicara sahabat, dalam hati juga mahu juga seperti itu. Ada suami yang penyayang, anak yang comel, hidup yang bahagia terlihat walau dimana-mana sahaja bersama.
"Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)
Perkahwinan dalam usia yang muda bagaikan sesuatu yang biasa pada zaman ini. Ini sesuatu yang baik untuk kita golongan muslimin dan muslimat, dapat membantu kita mengelak dari diri tersasar kepada pekara yang haram buat kita.

Nikmat yang tiada tandingan bila mana iman yang separuh dari diri kita telah sempurna, hidup pula bahagia dianugerahkan segala-galanya yang manis-manis berlaka. Tambahan pada si gadis lain, sudah tentu menjadi keinginan mereka juga. Antara contoh yang terdekat yang dapat kita lihat sekarang, seperti Dena Bahrin dan Erma Hasmie. Sweet kan kisah mereka ? :)
“ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.”
Tapi tidak semua berpeluang merasai nikmat seperti itu bukan. Setiap orang diuji dengan masalah tiada calon, kurang keyakinan, masalah kewangan, stdy, halangan dari keluarga, kawan-kawan dan lain-lain. Sakit bukan? inilah ujian buat kita yang masih mencari-cari teman seperjuangan yang kekal sampai ke syurga bersama ujian-ujian lain yang dihadirkan bagi melihat keupayaan kita menyelesaikan permasaalahan seperti ini.

Tapi jangan salah sangka pada Allah s.w.t. dan mempersoalkan yang bukan-bukan tentang jodoh kita. Hidup ini adalah hasil usaha kita sendiri sebenarnya. Bagaimana kita mahu mendapatkan pasangan yang terbaik juga ditentukan oleh kita. memang kita sedia ketahui bahawa jodoh sudah ditetapkan sejak roh ditiupkan kedalam jasad saat kita masih di dalam rahim ibu. Tapi USAHA, ya.. usaha kita yang akan menentukan jodoh kita.
Bagaimana kita memperjuangkan diri dan agama kita, seperti itu jugalah pantulan pasangan kita nanti.
"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)
Perkahwinan ini bukan hanya kepuasan batin semata-mata, tetapi dari perkahwinan ini sebenarnya kita seharusnya belajar bagaimana mahu menjadi yang lebih baik dan terbaik buat orang-orang yang kita kasihi serta pada agama khususnya. Perkahwinan adalah satu tahap dimana, kita mempunya teman yang mampu membawa kita ke arah yang lebih baik, mampu bersama kita disaat susah dan senang, itu sebenarnya yang kita inginkan.“ Lalui dunia perkahwinan dengan persepsi yang sederhana, dan di saat-saat melaluinya teruslah belajar dan belajar serta perbaiki diri dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.”
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
Semoga niat kita, hasrat diantara kita yang berkeinginan untuk membina mahligai bahagia akan terlaksana bersama pasangan yang terbaik buat kita, agama dan keluarga. Semoga sahabat-sahabatku mendapat jodoh yang terbaik, yang mampu memjaga ,mengajar , dan menjadikan dirimu insan yang paling bahagia di dunia akhirat. Doa-doakan diri yang hina ini juga bertemu dengan seseorang yang terbaik dan dapat membawa diri ini ke jalan yang lurus ke syurga yang hakiki lagi abadi.. :)







No comments: