Laskar Pelangi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Terasa sejuk pagi sampai ke tulang
sunyi dan sepi.

Pagi-pagi di kolej memang macam ni, tambah-tambah musim final exam. Sunyi dan sepi sebab malam pelajar-pelajar akan berjaga, dah lepas subuh memang gelap bilik masing-masing. Paper seterusnya petang ni, risau dan takut jugak sebab ulang kaji tak habis lagi. Tapi tak apa, sebentar lagi kita sambung.

sebenarnya dalam hati ada teringin
teringin sesuatu yang entah mampu miliki atau hanya boleh dikata janji
sambung belajar ke luar negeri
memang ayatnya macam mimpi
tapi kalau itu takdir Ilahi tiada siapa yang mampu berkata lagi dan lagi.

niat di hati rasa ada
lepas tengok orang sekeliling mampu pergi dan adakan ia menjadi realiti
tapi mungkin untuk diri perlukan masa dan peneliti
sebab semuanya harus dari hati bukan dari akal yang sememangnya semua mahu dijadikan realiti

tak apa mungkin ini sebagai satu peti
bila sampai masa akan aku bukak dan baca kembali
mungkin saat tu aku mampu untuk berfikir lebih jauh tentang hal ni
sekarang tak boleh lagi sebab ilmu di sini belum selesai dan dibukukan secara rapi.

ada cita-cita tak apa
sebab aku mau jadi seperti anak-anak laskar pelangi... :)

No comments: