Konvokesyen UiTM Ke - 82

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Setelah sekian lama tidak disentuh laman sesawang, hari ini kembali dengan berjuta-juta cerita yang sememangnya tidak semua akan dipamerkan di sini. Alhamdulillah, bulan May ni  
telah berlangsung konvokesyen Universiti Teknologi Mara, UITM ke -82.

tahniah tahniah tahniah buat semua yang terlibat. 

Alhamdulillah, tak dilupakan sahabat-sahabat dan rakan-rakanku yang terlibat. Tahniah semua! bangga aku tengok tau.. insyaAllah tahun depan aku pulak. :)

22 May 2015 aku berpeluang pulang untuk sama-sama meraikan hari yang penting ni dengan sahabat-sahabatku. Terima kasih izati dengan comby sebab sanggup ambik cuti balik sama-sama meraikan hari bersejarah tiqah. Masa  konvo afiqah dengan maktok kita tak dapat balik sebab masing-masing ada tugas yang tak dapat dielakkan. Mintak maaf ya, tapi alhamdulillah dapat tebus dengan buat bbq kat kampung yang sangat-sangat indah. Memang kenangan yang tak akan dilupakan, sebab susah untuk kita berkumpul sama-sama macam tu. 

Terima kasih cikgu sebab bersungguh-sungguh carikan rumah untuk kita buat bbq, terima kasih cikgu.. terima kasih.. hanya Allah SWT yang dapat balas jasa cikgu pada kami yang tak terhitung untuk kami membalasnya. Hanya doa dan ingatan buat cikgu yang tak akan kami lupakan.


Konvo Afiqah UITM Shah Alam


Konvo Maktok UITM Shah Alam


Konvo Tiqah UITM Arau


time jalan-jalan ambik gambar sekeliling rumah dan kawasan. 22 May 2015 hari yang diberikan pada kita untuk sama-sama menikmati masa bersama. Terima Kasih semua. :)


time masing-masing dah nak balik




atiqah, mone, afiqah, comby, izaty, maktok


sekeliling kawasan rumah yang kami sewa.yang best time ni orang tengah kebota tanah.bunyi dia memeriahkan suasana kampung.. hujung sana pantai tau..


maktok dengan zaty yang paling rajin, yang lain semua rajin gelak..tapi yang gelak 24 jam tanpa henti afiqah :'D
kadang dia gelak apa pun aku tak tau..haha


orang yang paling suka mengarah?aku.


bila jauh macam ni rindu nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Bila dekat kerja gaduh..


orang yang paling matang?kononnya..hahaa..

bila tengok gambar ni, nak tergelak bila ingat mak afiqah tanya,
semua single lagi ya? dengan cikgu pun ya? yaa..makcik.. hahaa


gambar ni betul-betul membawa perangai masing-masing. gambar ni juga aku paling suka :D


sebenarnya time konvo tiqah nak buat macam-macam plan, tapi last-last terpaksa dibatalkan orang yang menyediakan bahan dan barang2 terpaksa balik johor. tapi tak apa, kita buat ala kadar, tapi alhamdulillah semuanya tetap lancar :)


Persahabatan tu satu hubungan yang bukan senang untuk dijaga jika masing-masing hanya pentingkan diri. Persahabatan macam juga hubungan adik beradik, jika ada salah faham kita terus terang, jika ada yang kurang baik, kita perbetulkan untuk jadi baik dan lebih baik. Terima Kasih semua kerana setia dengan aku, bertahan dengan sikap buruk aku, setia menegur jika ada yang salah, betulkan mana yang tak betul. Terima Kasih.. :)

mereka yang setia bila aku pernah jatuh tak berdaya sebagai teman selain keluarga.
mereka mengajar aku berani untuk berdiri dan jujur dengan diri serta orang sekeliling,
mereka,
ya mereka.. yang ku anggap bukan sahaja sahabat malah seperti darah daging sendiri..
Terima Kasih.


nanti aku ada anak, hampa pun dah ada anak, kita jadi besan ya.. hahahaa XD








No comments: