Kehidupan Tak Ubah Seperti Sekolah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Serabut..

Kenapa serabut?
sebab dalam hati kita masih ada hal yang kita tak ikhlas lepaskan
atau perkataan yang senang disebut
adalah ikhlas
kita tak ikhlas.

Ikhlas bukan senang
tapi sebenarnya tak susah.

Kita kena ajar diri kita terima realiti atau terima hal yang telah berlaku.
pujuk hati
semuanya takdir
takdir itu ketentuan dari Allah SWT
baik dan buruk semuanya ada hikmahnya yang tersembunyi.

saat kita lalui kesukaran tu
memang rasa tak terdaya, rasa tak mampu
sebab apa?
hal baru berlaku.

Jika sudah sebulan atau setahun
masih samakah tahap kepayahan mengatasi masalah sedih/resah tu?

Mesti tak..
kita boleh kata, sedih ..tapi tak la sangat.

Yaa.. semua kepayahan dan kesedihan akan berlalu bersama waktu yang kita tinggalkan.
semuanya akan menjadi kenangan.
sesaat, seminit, sejam atau kemarin adalah kenangan yang tak akan kita dapat walau diulang dengan cara dan keadaan yang sama.

Kamu harus kuat dan sabar
ini kunci untuk kamu terus bertahan
jangan sesekali mengalah dan berserah begitu saja
kamu harus berusaha untuk jadikan semuanya lebih baik di masa hadapan.

jangan sesekali mengalah dengan pekara yang lalu
setiap apa yang berlaku sebenarnya untuk mendidik dan mengajar kita
menjadikan kehidupan kita lebih matang dan ada pengalaman serta kenangan
jangan terlalu bersedih dengan ujian masa lalu
jangan...

‘‘..ALLAH tidak akan membebani seseorang (hamba-NYA) melainkan sesuai dengan kemampuannya..’’ (Al-Baqarah: 286)

Walaupun dalam keadaan kamu terpaksa, ajar diri untuk ikhlaskannya, insyaAllah, semuanya akan baik-baik saja kelak. :)

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At Taubah: 41)

Helium Balloons Perlis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Ramai yang bercadang nak buat majlis kecil-kecil untuk family atau kawan-kawan. Tempat yang dipilih selalunya tempat yang terbuka macam taman, tepi tasik dan tempat yang best-best la yang sekeliling hijau. sebab? bila bergambar nampak nice sangat kan.

Ok, jadi antara barang yang penting yang kita nak ada untuk memeriahkan suasana semestinya balon, balon yang menjadi pilihan selalunya Helium Balloons. Sebab? dia boleh terbang kan. Nak dapatkan helium balloons ni tak susah pun melainkan bagi mereka yang tak pernah beli pun balon-balon macam ni tapi sebab teringin aku ada mencari. Sedihnya, kat kawasan perlis amatlah susah nak dapatkannya, kalau dalam kuantiti yang banyak mungkin senang dapat, kalau nak dalam kuantiti yang sikit susah sikit. 

Tapi, sini aku nak kongsi insan yang boleh menyediakan Helium Balloons ni bagi mereka-mereka di sekitar Perlis khususnya.



Kak Ayu +6011-15336670


InsyaAllah selain dari balon, kak ayu juga boleh sediakan hadiah-hadiah lain yang korang nak, ikut pada apa yang korang nak dan kalau korang nak buat kejutan untuk seseorang, pun dia boleh tolong buatkan bagi pihak korang.

Kalau soal harga dengan kak ayu, jangan risau.. murah ! :)

korang boleh buat pilihan nak datang ambik barang-barang tu sendiri kat rumah kak ayu atau kak ayu tolong hantarkan pada korang.

Kalau kak ayu tak dapat tolong, insyaAllah dia akan bagitau dan kenalkan orang lain yang dapat sediakan perkhidmatan yang sama pada korang. Jadi jangan risau.


Moga aku serba sedikit membantu! :)