Doa ketika berdukacita & sedih

Martabat seorang insan adalah sesuatu yang sentiasa dijaga rapi olehnya. Ia bagaikan bermata yang dijaga rapi daripada dirampas atau dimusnahkan sesiapa pun. Namun apabila ia jatuh, berkecai... maka akan musnahlah ia dan tidka akan ia diganti menjadi seperti sedia kala kembali. Walaupun digantikan dengan ukuran dan cirian yang sama ia tetap palsu. Bergitulah juga martabat atau maruah setiap daripada kita. Kita bergitu menjaganya daripada diguris oleh insan lain. Namun kita manusia biasa, yang tidak mampu menjaga atau mengawal mulut manusia. Kita kadang-kala dihina, diaibkan di hadapan khalayak, tanpa rasa segan silu mereka dengan kekurangan diri kita. Apakah kita mampu tersenyum dikala itu ? pasti pedihnya rasa ketika itu dihati yang teramat sangat, namun harus diakui, kita bagaikan terkelu dengan apa yang dipendengaran kita ketika itu. Bukan senang untuk menerima perhinaan terhadap diri kita di hadapan khalayak. Ditambah pula ia sesuatu yang mempermainkan hati dan perasaan kita.
Mungkin akan ada yang pantas melenting jika dia seorang yang berani menegakkan keadilan apabila maruahnya dicabar, dan tidak diragukan ada juga yang hanya terdiam dan membawa diri. Dalam hidup kita, kita pasti akan merasainya. Seterusnya bergantung pada kita bagaimana untuk melaluinya dan mengatasinya. Namun apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, rasa sedih pasti akan dirasai..pasti... bersabarlah sahabat, perhinaan pada kita tidak sehebat perhinaan yang diterima oleh Baginda Rasulullah s.a.w. serta para sahabatnya. Berdoalah, agar hati menjadi tenang, percayalah akan janji Allah s.w.t... Dia tahu apa yang terbaik buat kita. amalkanlah doa ini andai diri didatangi dengan musibah yang mendukacitakan.


Doa ketika berdukacita dan sedih.




Maksudnya:



Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.





Maksudnya:


Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

2 comments:

Wan Asri said...

x boleh curi ehh...nak pinjam boleh...hehe

Mizz Yana said...

huhu...kan ilmu allah kene kongsi... bukan curi.. its ok.. by the way thanks for the info...sharing is caring... :)