Buat kaum Hawa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Seorang wanita bagaikan mutiara ternilai yang berada di tengah-tengah lautan dalam yang begitu susah untuk memilikinya. Kadang-kadang harus bertarung dengan maut untuk mendapatkan sebutir mutiara kecil yang bergitu ternilai harga dan rupanya. Indah, cantik mampu memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Persis mutiara, seharusnya hawa menghargai kata-kata ternilai yang dibicarakan oleh semua. Mahu memilikimu terlalu sukar kerna maruah dan budi bicaramu yang terlalu dijaga. Alangkah indah dan mempersonakan andai dijaga segala yang ada denganmu hawa, andai mahu melihatmu juga harus diusahakan terlebih dahulu, andai mahu berbicara denganmu harus mengatur susunan ayat dan patahnya dahulu. Bergitu terjaga dirimu wahai hawa.

Wahai kaum Hawa yang dimuliakan Allah s.w.t

Bersabarlah andai diri dan hatimu terusik dengan kata bicara di dunia. Pedih sekalipun harus kau telan bagi mengejar syurga di sana. Tahan tangisanmu hawa bila dicaci di hadapan berjuta manusia, pegang dimana jantungmu berada, tepuk untuk menyabarkannya. Pujuk ia," ini hanya sementara, kerna selepas ini kita akan bahagia..."

Aku hanya menulis, untuk ingatan buat diriku, saudaraku, sahabat sejatiku dan juga kamu yang meneliti setiap perpatah hasil gabungan akal, emosi dan kudrat jari-jemariku... Setiap apa yang aku luahkan hanya untuk mengingati kembali siapa diri ini yang semakin lama kadang-kala semakin jauh melupakan janji-janji saat aku masih belum ditiupkan ke rahim ibuku.

*** Wanita, jaga diri dan maruahmu. Kawal hati dan perasaanmu. Islam itu indah kerna membuatmu menjadi begitu beharga di hadapan seorang lelaki yang bakal menjadi imam mu sampai syurga nanti. Ketahuilah bila bersungguh kau menjaga batas lagakmu sebagai seorang wanita islam, maka akan ada ganjaran yang besar , yang tidak pernah sekali kau jangka kerna kau menjaga ayah ibu dan saudara lelakimu dari api neraka yang pedih lagi sahih...

No comments: