Gelora Perasaan, Cukup Dua Perkataan

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

kupasan demi kupasan
janggal bila hati mahu meluahkan
bukan apa sebanarnya
takut orang menyalah dan menyangkal

hati manusia semuanya berlainan warna
ada yang sama?
aku tak pernah percaya
sebab aku manusia yang sentiasa
berguna dan selalu juga
jadi tidak berguna

ku lihat kiri aku
mereka bercumbu dalam sembilu 
aku melihat kananku
mereka menerpa mencari redhoMu
yang kadangkala mereka juga lupa
bila ada sesuatu yang menerpa fikiran mereka

YaAllah
berikan aku ujian
yang mampu membuatkan aku dekat denganMu selalu

aku tidak mahu menjadi seperti mereka
yang bukan diri aku
aku mahu menjadi aku
yang hanya cinta dan mengejarMu

Lupakan aku pada manusia dunia yang hanya sementara buatku
beri aku kelapangan akal dan kebijaksanaan
bagi aku sentiasa mensyukuri dengan
setiap apa yang Engkau jadi dan wujudkan
bagi kami manusia lemak akal
yang selalu sahaja menilai tidak tentu pasal

#Tentang manusia kini...
aku senang meluahkan kata terus sebagai penulisan, kerna aku mampu menangis tanpa sesiapa sedar atau perhatikan.


No comments: