Pekara perempuan tak sempat bagitahu lelaki


Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,
Tetapi dia tidak menitiskan air matanya,
Itu bermakna dia sedang bernangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,
Lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Wanita cukar mencari benda yang dia benci tentang orang yang dia sayang,(sebab itu ramai wanita yang patah hati apa bila hubungan itu putus di tengah jalan)

Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun dia sedang keluar atau berada dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat !!

Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

Jika kamu tidak suka pada gadis yang sukakan kamu separuh mati,
tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,
biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin anggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia pelahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik, puisi, lukisan, tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.

Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberi respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh, seolah-olah tidak berminat.Tetapi sebaik sahaja telefon di letak, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat dengan kamu.
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

Sekumtum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

Jika kamu menyukai seorang wanita,Cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya diri sendiri !!

Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya,"kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal".

Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah,siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya.Kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya.Tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya !!

Satu ucapan ' Hi ' sahaja sudah menceriakan harinya.

Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Semua wanita mahukan seorang lelaki yang mencintai mereka sepenuh hati.

Senjata wanita adalah air mata !!

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya ( hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis ).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah..

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Tiada siapa yang dapat menyelam kesanubari seorang wanita

No comments: