ketahuilah


Kini aku mulai tersedar, rupanya sudah begitu jauh aku mengelamun panjang hayal dalam kenangan aku sendiri. Tanpa sedar bagai mengharap pada sesuatu yang sememangnya tidak akan wujud lagi. Yaa... sudah tidak akan pernah wujud lagi. Seorang insan yang aku gelarkan kakak pada diri aku, sentiasa memesan dan berkata... " akak pernah mengecewakan seseorang , tapi kini dia sangat bahagia dan sudah berkahwin. Dia sukakan akak, tapi akak tidak ikhlaskan perasaan akak pada dia,.. namun kini, akak melihat dia hidup bahagia dengan isteri dia"... sesuatu yang memberi aku semangat untuk teruskan kehidupan dalam bab kasih rasa cinta. Aku akui, aku bagaikan lemah bila dalam bab ini. Mengapa hatiku terlalu kuat buatnya, aku sendiri buntu mencari jawapan untuk persoalan itu. Aku juga mungkin tidak akan pernah mendapat jawapan akan persoalan itu sampai bila pun.

Hari ini, kali keduanya ia berlaku. Pernah aku katakan dalam luahan hati aku sebelum ini, jika yang keduanya berlaku ia tidak akan pernah ada yang ketiga. hari itu, hari terakhir aku menatap dia yang kejauhan dari mata namun tetap di sini, di hati aku dalam sepi bisu pengucapan. Tidak akan pernah aku lihat dia lagi, tidak akan pernah lagi. Ya Allah... kuatkanlah aku, lembutnya jiwa hati seorang wanita. wahai teman, janganlah engkau mempermainkan dan mencurahkan rasa hati kamu pada seorang insan yang bergelar wanita. Hatinya sangat nipis, akan mudah terusik dan terluka. Dia seorang hamba yang dijadikan Allah s.w.t. dengan kekuatan yang tidak mencukupi bagi melawan arus hati dan perasaan, kerna itu Allah s.w.t. jadikan dia bersama-sama seorang insan yang digelar kaum Adam. Kamu dijadikan bagi mengawal dan menjaganya. Apabila sah dia menjadi milikkamu dalam islam, jaga dan sayangilah dia. Jangan kamu mempersiakan kasih dan sayangnya. Dia memang akan memaafkan kamu, biarpun apa sahaja yang kamu lakukan padanya kerana kasihnya kepada kamu kerana Allah s.w.t. Apabila kasih seorang kaum hawa kepada kekasihnya kerana Allah, tiada apa lagi yang mampu menghalang perasaannya.
Wahai sahabat, jangan engaku berikan seorang hawa itu harapan jika kamu rasakan dia bukan yang kamu mahu untuk hidup di muka bumi ini sampai ke syurga kelak. Jika kamu rasakan kamu tidak mahu dengannya, buanglah perasaan itu, jangan kau beri dia harapan. Kelak dia akan tersiksa seorang diri bertahun lamanya tanpa kau sedari. Sahabat, jagalah seseorang wanita yang ada di dekat kamu, jangan kasari dan sakti dia jika dia tidak menggertak hati dan jiwamu. Jagalah dia, seperti dia kandung buat kamu. Seego mana seorang hawa, dia sebenarnya seorang yang sangat sensitif, dia mudah menangis tanpa kau sedar dan kau tahu bilakah masanya dia bersedih. jangan kau sangka, kelihatan dia tersenyum dan tertawa kini dia bahagia. Dalam hatinya sebenarnya dia menangis. Menangis kerana sesuatu yang engkau dan insan sekeliling tidak ketahui. Dunianya hanya tersisip rapi di jiwa dan hatinya, tiada siapa yang akan pernah ketahui.

Apabila dia sudah tidak mampu lagi menanggung seorang diri, dia akan pergi jauh... jauh dari alam bayangan namun jelas di alam nyata dia bagai di sekeliling kamu. hatinya sudah tiada di situ, hanya jasadnya sahaja yang kau lihat dan kau dapat rasai. Jiwanya terluka, menangis sendiri dalam kesunyian, tiada akan pernah yang mengesan, kerana saat itu dia sudah tidak berdaya kerana kehilangan akan sesuatu yang dia sayangi. manusia dicipta dengan berbagai rasa dan perasaan. Begitu juga seorang hawa yang mampu menyimpan rapi sejuta perbagai rasa perasaan yang tidak akan mampu dikesan. hanya dia yang tahu, engkau akan mampu melihat dia dalam kesedihan andai engkau orang dia percayai. Jika engkau orang yang percayai, sokonglah dia... lindungilah dia... berilah dia semangat. Kerana saat itu dia sudah tidak terdaya menanggung semua ini lagi. Jadilah pendengar yang setia wahai sahabatku. Jadilah insan yang setia mendengar semua luahan kata hatinya, jangan kau paksa atau memberi dia tekanan.

Sahabat... 
ingatlah, yang di cinta akan pergi dari kita,
yang didamba akan tetap hilang,
hidup ini akan terus berputar dan akan terus berjalan,
meskipun akan  penuh dengan tangisan..........

No comments: