Rasa cinta yang kadang-kala datang tanpa ku sedar

Apabila bicara soal hati aku jadi pada diriku sendiri. Soal hati dan perasaan amat sukar sekali untuk ditafsir bukan. Bukan mudah untuk seseorang menceritakan apa  yang dia rasai jika berkait dengan soal hati & perasaan. Percaya atau tidak? ada yang sanggup membisu dari sahabat sendiri yang selama ini tiada rahsia, tiada sekatan atau sempadan. Itulah hebatnya apabila kuasa hati menjadi sakti.


Apabila bicara soal hati, kadang-kala tanpa sedar perasaan itu hadir dalam diri. Datangnya tanpa diduga, sampai ada yang berpendapat, cinta pandang pertama. Hanya sekali pandang, hati terasa berdebar, cara laku tangan menjadi tersasar, bicara manis kata menjadi bagai terkunci & tidak terdengar. Hebat perasaan itu sehingga mampu mengubah diri seseorang tanpa dia sedar & sekelip mata sahaja.
Apabila hati berkata "DIA".. maka ambillah langkah maju & pantas untuk mengetuk hatinya juga. Laksanakanlah dengan cara islam, pastinya ia akan menjadi terlalu indan dalam hidup kita. Jika rasa itu di percepatkan secepat yang mungkin ke arah kebaikan, ia tidak akan menjadi masalah buat orang yang merasai kehadiran cinta itu. Kaji dan selidiklah si dia pada yang pakar.
Namun, jika rasa itu hanya ingin dihayati bukan untuk sehidup semati, janganlah engkau memberanikan diri. Kelak nanti akan merana diri dek kegagalan diri dalam menghadapi ujian Ilahi. Kadang-kadang, itu semua dihadirkan kepada kita sebagai ujian untukmenguji keimanan diri. Mungkin kerana pada waktu itu engkau sudah dimiliki atau telah dimiliki. Padamkanlah rasa yang haram bagi mu itu, agar nanti tiada rasa sakit yang akan engkau bawa sehingga mati.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat...
Dan...

 Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu...

No comments: