mereka menunggu kita sebenarnya


Dalam hati dan fikirannya
sentiasa pulas berfikir
bagaimana hendak melengkapkan semuanya?
bagaimana hendak membahagiakan semuanya?
bagaimana hendak melakukan segalanya?

kudratnya terbatas,
menghadkan setiap gerak dan langkahnya
namun demi dirimu anak
dia gagahkan jua
walaupun sememangnya perik dan sakit menyucuk-nyucuk bisa dirinya.

wahai anak,
pernah engkau sedar
akan pengorbanan orang tuamu yang tidak terbalas
walau selaut emas yang kau berikan.

ingat kembali masa kecilmu
kau ditatang
segala macam pekara jangan dilakukan
tugasmu hanya belajar semata-mata

apabila besar kau mula lupa akan tanggujawabmu
kau hidup diarena kemewahan
tanpa kau sedar di pelusuk sana
ibu bapamu menderita kerana keperitan...

keperitan kerana rindu
keperitan kerana hina akan kehidupan
keperitan kerana sakit menanggung segala macam kepayahan

sedarkan dirimu wahai anak
kembalilah semula dari mana kau pernah datang dulu
jenguklah mereka yang sakit kerana menanggung rindu padamu
kerana rasa itu sangat payah untuk diperkatakan dengan baris kata-kata....

4 comments:

khir said...

tercampakkah iman di saf masjid
sedang khutbah mencurah amanat
pada seminggu yang berdosa
bersihkan lumpur seluruh jiwa

aku yang di saf ini
menoleh ke dalam diri sendiri
ternampak ibu dan ayah tersenyum berdoa tak putus harap

mengalir rahmat di kelopak mata

si_mone said...

moga mereka ibu bapa yang telah pergi bahagia melihat kita di sini dengan penuh keredhoaan dlm rahmat Allah s.w.t... :)

khir said...

Mone,,, banyak kesalahan bahasa dalam penulisan...hati=hati ya.

Contoh:
1. menghadkan - mengehadkan
2.perik - perit
3.menyucuk-nyucuk - mencucuk-cucuk
4. pekara - perkara
5. hanya belajar semata-mata - hanya belajar / belajar semata-mata
6.tanggujawab - tanggungjawab
7. diperkatakan dengan bariskata-kata - diperkatakan / diluahkan dengan kata-kata

sharing is caring...bye

si_mone said...

hehehee...cikgu ! terima kasih cikgu... maaf, kadang-kadang sy tersilap lihat dan terlepas pandang..

TERIMA KASIH CIKGU.., saya mohon..teruskanlah menegur saya, utk saya sentiasa memperbaiki segala kekurangan saya :)