rasa itu mengetuk pintu hati nuraniku

 
Tiba -tiba rasa hiba,
teringat akan hajat yang masih belum mampu dicapai...
apakah mungkin aku mampu melakukan itu
apakah mampu aku berubah sehingga ke tahap itu,
iman di hati masih dirasakan belum mencukupi,
aku masih mencari-cariuntuk jati diri yang pasti...

Ya Allah...
permudahkanlah hajatku ini
walaupun aku tahu bagaimana reaksi insan-insan sekeliling.
bukan mudah untuk mengubah segalanya
dalam sekelip mata tanpa perubahan yang mampu memperlihatkan tonjolan nilai diri.

Dugaan untuk itu sangatlah membataskan segalanya
dari menjadi sesuatu yang lain kepada yang lainnya

namun aku percaya,
suatu saat nanti aku mungkin berjaya
dalam mengubah nilai diriku
dari rasa dihina kepada 
rasa yang terindah.

Aku mohon Engkau permudahkan buatku
moga aku mampu memberikan senyuman terindah buat insan-insan yang penting dalam hidupku...

moga kelak,
sempurnanya diriku kerana hadir dirimu...
aku percaya pada janji dan takdir ilahi :)
semoga nanti engkau di hati kerana yang Maha Terpuji...

No comments: