yaAllah....

 
Dalam meniti hari-hari berliku, diri sentiasa diuji dengan alam sekeliling. Satu persatu dugaan itu datang, bukan mahu menyalahkan takdir, aku terima segalanya cuma setiap jejak kerana semua itu membuatkan aku menangis dan rasa lemah mula menguasai jiwa.

Pernah aku bertekad mahu menjadi yang terkuat, namun hanya apabila bicara dengan insan dan apabila diri berdampingan dengan setiap insan disekeliling. Namun apabila tiba masanya sendiri, satu persatu mutiara jernih menjadi peneman setia.

Aku pernah bertekad untuk berubah, berubah demi insan-insan sekeliling. Namun aku tewas dipertengahan langkahku. Aku jadi lemah apabila sendiri, aku jatuh apabila sendiri, aku tewas dalam tangan dan jiwa aku sendiri.

Aku juga seorang hamba. Pernah merasa sakit seperti kamu rasa, pernah rasa pedih seperti ditinggalkan. rasa yang mampu membunuh rasa dan semangat setiap dalam benapku.

YaAllah...
setiap ujian itu, engkau kuatkanlah aku. peliharalah hati dan jiwa ku. Jangan biarkan hati dan jiwa ku menjadi terlalu murah pada ujian dunia. Peliharalah hatiku, agar aku mampu mempertahankan kesucian hati ini pada sesuatu yang sebenar-benarnya hak untuk ku...

YaAllah...
aku mahu menangis kepadaMU, aku mahu merayu dan meminta padaMu...
Kuatkanlah aku untuk melalui liku-liku hidup ini yang mencabar bagi hati dan jiwaku,
Jangan biarkan aku menangis kerana sesuatu yang bukan hak buatku,
jangan Kau berikan rasa yang akhirnya nanti akan membinasakan rasa dijiwa.

Namun...
jika itu mampu kuatkan aku pada masa akan datang, laksanakanlah ia buatku
andai itu mampu menjadikan aku wanita yang berhati mulia, hadirkanlah ujian itu buatku
jika segala kebaikan untuk diri ini, jadikanlah ia buatku...
tetapi Engkau kuatkanlah aku sewaktu mengharunginya...
Kuatkanlah aku sewaktu meniti masa dan waktunya.

Aku pernah bertekad untuk berubah,..mungkin aku perlukan masa dan waktu untuk aku mulakan dari dalam hatikuaku mahu menjadi wanita solehah,yang mampu menjadikan kesempurnaan untuk diri dan hak buatku...Aku perlukan seorang teman, yang mampu membawa aku untuk berubah.aku mahu menjadi wanita yang kuat hatinya,untuk melalui lorong kehidupan ini yang penuh noda dan dosa.aku mahu menjadi teman yang setia, tahu akan segala dan perasaan seorang teman,aku mahu menjadi seorang anak yang tahu nilai dan jasa kedua orang tuanya,aku mahu menjadi masyarakat yang tahu akan kesusahan orang disekelilingnya...

No comments: