rasa hati


Bicara hati seorang teman,
ada seorang hamba pencipta
hati jujur lagi ikhlas
namun sayang caranya tersasar dari landasan yang sebenar...

Dia salah dalam menilai insan
Dia terlalu mudah memberi
dan menerima sesuatu rasa yang dipanggil perasaan
sayang dan silapnya di situ
kasihan bukan...

Dia jujur dengan perasaannya
namun di selalu diketemukan dengan insanyang salah
bukan kerana malang atau nasibnya
namun itu sebagai tanda sayang pencipta
untuk kenalkan dia bagaimana manusia itu diciptakan berbagai sikap dan cara.

Dia tidak patut dicaci kerasa kasihnya yang bagaikan murah
sebaliknya dia patut dihargai kerana keikhlasan yang ada dalam hati dan dirinya
namun itulah manusia, menghukum pada sesuatu yang bukan tempatnya
akan menjadi tragis pada pihak yang benar dan tiada pembela...

Duhai teman, jangan cepat engkau memberi hati dan perasaanmu
pada mereka yang tidak tahu menilai dan menghargai kamu
kerana nanti, kamu yang akan merasai sakit dan siksanya
jaga dan sayangi hati mu sebelum kau memberikan rasa itu pada yang lain....

4 comments:

ejulz said...

entry camni amat berguna pada masa ni.. masa yg tepat.. tq.. :)

si_mone said...

sama-sama ejulz....
sama-sama kita berkongsi ya ^______^

khir said...

ALLAH KAN ADA!

seorang gadis
waktu rindunya berlabuh di pelabuhan malam
fitrah cintanya terbuka
oleh angin yang mengembangkan mawar...

kawan...
cinta itu fitrah
bertemu itu fitrah
berpisah fitrah
berkasih juga fitrah
menderita fitrah
berduka juga fitrah

Apa dirisau
kata kawanku
biar apa pun fitrah
apapun takdirnya
ALLAH kan ada.....

si_mone said...

ya benar.... :)

semangat dan cinta sejati sentiasa ada..cuma ank gadis lupa dan lalai dlm menyedarinya kan cikgu...

entah bagaimana mahu dikuatkan rasa hati dan mencintai manusia yg entah apa di hatinya..