Syabab Musafir Kasih



Dalamdunia yang penuh tipu helah dan bicara mudah
si kecil lemah terus berlangkah gagah
mematahkan segala sendiri dan derita
bangun dan bangkit walau sakit rasa di jiwa

kalamnya bagaikan tiada keadilan
kadang-kala melahirkan bayu mutiara jiwa
si kecik tetap terus berusaha
di samping seorang ,muslimah bernilai bidadari syurga

syabab musafir kasih
nilai kehidupanmu penuh diduga
dengan bermacam cara dan diluka
namun hatimu ikhlas tanpa berkira apa

aku menangis tanpa ku duga
begitu tersiksa jiwa mu dari muda
yang dicucuk dan dibunuh hatinya
kerana kemiskinan dan kesusahan kehidupanmu dinoda

syabab musafir kasih syurga
jika benar akan kewujudan kamu di dunia
aku doakan agar syurga menantimu di sana
kerana nilai dan jasa kamu di dunia
yang tiada siapa dapat sangkal dan menegah

dirimu layak mendapat kejayaan
atas segala apa yang telah engkau usaha dan korbankan
teruslah engkau bahagia dengan segala kejayaan
moga ke syurga tiada lagi tangisan kesakitan....

~ Novel Syabab Musafir Kasih.
Aku membaca dengan linangan air mata deras merasai bertapa sakit dan periknya hidup mu dengan dugaan yang sengaja diciptakan...

No comments: