Pada Syurga Di Wajahmu~Aishah Humaira

Humaira Masih masih memejamkan mata, bibirnya kelihatan begitu pucat, namun wajahnya begitu tenang. Adam tidak henti-henti melafazkan zikir indah dengan harapan insan kedil dihadapannya ini tersedar dari lenanya di alam khayalannya.
“Abang mintak maaf, bangunlah sayang… abang benar-benar perlukan sayang.”
Luah Muhammad Adam dengan linangan air mata yang sejak semalam sudah membasahi pipi selepas dia mendapat tahu bahawa kini isterinya di hospital tanpa sedarkan diri lagi. Aishah Humaira disahkan oleh doktor menghidap penyakit barah hati sejak  setahun yang lalu tanpa pengetahuan dari sesiapa termasuk suaminya kerana ini adalah janjinya antara doktor Firdaus yang juga sahabatnya. Penyakitnya bertambah parah apabila dia juga disahkan mengandung anak pertama, kesannya badan Humaira menjadi semakin lemah dari hari ke hari. Doktor Firdaus masuk,
“Adam kita perlu berbincang..,mari ke bilik saya.”
Adam mengangguk, tanda setuju namun bagaikan memberi isyarat, dia akan menyusul kemudian.

Adam teringat kembali, bagaimana selama ini dia meninggalkan Humaira seorang diri di Malaysia, membiarkan Humaira melalui sisa-sisa kehidupan seorang diri dengan penyakit yang dihadapinya tanpa seorang kekasih halal di sisinya. Dia bagaikan menyesal dengan semua tindakan terhadap Humaira, dia juga sedar yang selama ini dia tidak adil dalam segala tindakan terhadap isteri pertamanya Humaira. Adam telah berkahwin lagi sekali dengan gadis pilihannya atas rela Humaira kerana mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Manakala perkahwinannya dengan Humairah adalah kehendak Adam sendiri selepas dia gagal dalam percintaannya bersama Zahrah yang kini telah menjadi isteri keduanya atas risikan Humaira sendiri.
 “Kenapa awak kahwini saya, sedangkan tiada apa-apa yang istimewa pada saya..”
 Tanya Humaira pada Adam selepas selesai majlis makan beradap perkahwinan mereka.
“sebab saya terpikat dengan cara awak, saya tahu awak perempuan yang baik dan terbaik.” “
Tapi keluarga awak tak terima saya seadaanya,”luah Humaira dengan wajah yang sayu dilihat adam,
“kan masih baru lagi, nanti semuanya akan baik-baik saja, percayalah..”
Adam tamatkan perdebatan antara mereka berdua dalam keriuhan orang ramai. Humaira kelihatan sangat ayu bersama baju persandingan yang dipakainya bersama tudung labuh yang memperlihatkan kejelitaan dan kesopanan seorang wanita muslimah. Adam semakin terpesona dengan isterinya walaupun pada mulanya dia tidak melihat kecantikan yang sedemikian pada Humaira semasa pertemuan pertama dulu yang tidak disengajakan. Disebabkan mereka sama-sama dalam kumpulan asrah cuma berlainan universiti, dan ketika itu Humaira tahun dua, Adam pula tahun akhir. Namun, pertemuan itu membuatkan  hati adam berdegup kencang sewaktu bertentang mata dengan Humaira, hatinya benar-benar mahu mengenali siapa gadis ini.

Atas pertolongan Ikram, Adam mengenal gadis itu tanpa sesiapa sedari termasuk Humaira. Bagaikan ada sesuatu yang menariknya untuk kenal siapa gadis itu yang wajahnya begitu tenang dan tidak lekang dari senyuman yang terlalu manis. Sampaikan Adam telah membuat satu keputusan yang luar biasa.
“Adam, betul ke ni? Mak tak nak engkau peristerikan dia sebab engkau terluka dengan Zahrah. Ambil masa dulu Adam..,”
luah Puan Fatimah dengan kerisauan. Sungguh dia risau dengan Adam yang terlalu terburu-buru untuk memperisterikan Humaira yang tidak dia kenal siapa anak gadis itu, dari mana asalnya. “Mak… dia gadis yang baik, saya percaya. Tolonglah, terima keputusan Adam untuk kali ni…” pinta Adam pada puan Fatimah, dia kenal dengan sikap maknya, jika kata tidak, tidaklah. Mungkin kerana dia anak terakhir dalam keluarga, kerana itu tekanan selalu saja ada dengannya. Puan Fatimah terus berlalu tanpa berkata apa-apa, dia tidak kisah dengan pilihan anaknya, yang beratnya dia tidak tahu mana asal budak perempuan yang akan dijadikan menantunya itu. Hatinya lebih tertawan pada Zahrah. Namun ponolakkan Zahrah pada peminangan anaknya menghancurkan sedikit hatinya. Baginya zahrah punya hak dalam menentukan hidupnya sama ada mahu berkahwin atau mengejar cita-cita. Pilihan telah dibuat Zahrah, Adam menerimanya walaupun terluka.

Rombongan pihak Adam telah selamat sampai ke teratap permai si gadis sunti, damai dan menyejukkan pandangan keadaan disekelilingnya. Kawasan perkampungan yang dipenuhi sawah-sawah bendang yang cukup berbeza dengan kediaman Adam yang sekeliling hanya dipenuhi rumah-rumah perumahan kos mewah, hirup pikuk kota. Semuanya bagaikan terpukau dengan keindahan kampung Humaira yang indah dan damai
“seperti tuannya..”,
bisik adam dengan senyuman. Perbincangan mereka bagaikan hangat, kemesraan kedua orang tua Humairah telah memikat hati pasangan kedua orang tua adam, ternyata hajat untuk meminang anak gadis sunti kampung itu tercapai juga dengan tafsiran yang berbeza untuk sebelum dan selepasnya. Dari merisik mereka terus bersepakat untuk terus meminang Aishah Humair dan tarikh pernikahan mereka dipercepatkan kerana kedua-dua pihak tidak mahu lagi melengah-lengahkan akan sesuatu yang baik. Adam adalah orang yang paling gembira, si Humaira orang yang bagaikan hilang arah pada mulanya, namun dia sedar, mungkin ini yang dikatakan jodoh. Apabila soal jodoh, tiada siapa yang dapat ketahui akan permulaan dan pengakhirannya.

Hari yang dinanti kini sampai pada masanya, hari pernikahan antara Adam dan Humaira telah tiba. Segalanya berjalan lancar hanya dengan sekali lafaz, Aishah Humaira sah sebagai isteri Muhammad Adam khalil. Bagi Humairah, semuanya ini terlalu pantas, sekelip mata dia menjadi isteri Adam, seorang lelaki yang tidak dia kenali, pertemuan yang tidak sengaja itu telah memikat hati Adam untuk memperisterikannya. Ini bagaikan kejutan buat dirinya kerana tiada rasa cinta yang mengikat tali kehidupan antara mereka.
“Cinta boleh dipupuk sayang… jadi isteri yang taat ya nak, ikut cakap suami, jaga hati, maruah dan hartanya..”
pesan ummi Salwa pada puteri kesayangannya sambil tersenyum bahagia apabila anaknya jatuh pada tangan orang baik-baik. Kemeriahan majlis mereka jelas dapat dilihat sepanjang majlis dengan kemeriahan kehadiran sahabat dan teman dari dua universiti berbeza, teman sekerja Adam, dan juga keluarga serta saudara mara, semuanya berjalan lancar seperti direncanakan.

“Mari kita bergambar kenangan, hai… tak akanlah tak ada gambar kenangan bersama pengantinkan,”
suara Fitri sambil berlari anak ke arah mereka semua. Berkumpul semua sahabat-sahabat antara Adam dan Humaira bagi meninggalkan kenangan antara mereka semua.
“jauhnya..apa ni.. dekatlah, baru cantik, kami semuakan meraikan kau berdua, ni jauh pulak duduknya. Sini..!”
Rangkul Ikram menarik tangan sahabatanya itu pada Humaira,sekeliling tertawa dengan tingkah Adam dan Humaira yang sedikit ganjil dan malu-malu. Semua tertumpu pada juru gambar di hadapan mereka, tanpa sesiapa sedar, Adam mengengam tangan Humaira, terasa darah menyirap ke muka Humaira saat itu, dia terkejut dengan tindakkan Adam. Apabila gambar diambil, terlihat akan Humaira dengan wajah yang melihat pada arah Adam, suaminya disisi. Sesi bergambar diteruskan lagi dengan beberapa aksi antara pengantin dua sejoli itu, walaupun pada mulanya kekok, namun lama kelamaan, semuanya dapat ditangani dengan baik dan tidak seperti pada mulanya.
“sayang ok? ”
Tanya Adam sedikit berbisik pada Humaira sambil matanya memandang tepat pada Humaira, Humaira bagai terpaku dengan tindakan suaminya, lantas menjawab sepatah
“ok..”
dengan wajah yang tertunduk merah wajahnya, terserlah keayuannya, detik hati Adam. Dia terasa tenang dengan tingkah laku Humaira yang begitu cantik akhlaknya , terasa begitu beruntung dan benar gerak hatinya untuk menikahi wanita dihadapannya ini.
“Abang… bangun abang, dah nak dekat subuh sayang, ”
lembut Humaira mengejutkan suami tercinta, terjaga Adam dari tidurnya, dilihat isterinya di sisi, di gengam tangan isterinya dan dipandangnya dengan senyuman yang membahagiakan. Humaira yang sudah siap bersihkan diri membalas dengan kucupan lembut di dahi Adam, terasa bahagianya hidup Adam kini, kerana kehadiran Humaira yang tidak pernah dibayangkan dalam hidupnya.
“Kita solat sekali ya ayang,”
bisik Adam, yang sememangnya sudah menjadi rutin mereka berdua selepas berumah tangga, solat akan dilakukan secara berjemaah bersama-sama. Pemintaan Adam dibalas dengan senyuman yang manis Tanda Humira bersetuju dengan pemintaan suaminya.

Kesibukan Adam sebagai pensyarah membataskan dia untuk pulang ke rumah di waktu tengah hari, dia hanya makan di luar sahaja disamping itu, tanggujawab isterinya sebagai seorang pelajar tidak mahu dia menganggu tumpuan isterinya dalam menuntuk ilmu kerana penjagaan dirinya. Adam menikmati makannya sambil melihat manusia lalu lalang di hadapan kedai tempat dia menjamu selera. Tiba-tiba dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya,
            “Zahrah…”
hanya itu yang terpancul dari mulutnya.  Lantas dia berlari keluar dan mengejar gadis itu.
            “Zahrah..”
tempik Adam memanggil gadis itu. Sekilas Zahrah menoleh,dilihat Adam, bekas kekasihnya yang kini merupakan suami orang.
“kemana awak pergi Zahrah? Kenapa menghilangkan diri ?..”
Tanya Adam dengan muka yang merah padam. Adam sebenarnya kecewa dengan gadis yang dicintainya ini kerana meninggalkannya tanpa sebarang kata putus, kerana kecewakan Zahrah dia terus mengambil keputusan untuk menikahi Humaira gadis yang dijumpainya dulu. Zahrah hanya mampu menangis, sendunya semakin menjadi-jadi apabila diajukan berjuta soalan oleh Adam. Ternyata Adam masih menyayangi Zahrah, tidak berubah cintanya tambahan gadis itu kini dihadapanya, sampaikan dia lupa yang dia sudah beristeri.

Selepas dari pertemuan itu, setiap hari mereka bertemu tambahan pula Zahrah bekas belajar di tempat Adam mengajar. Zahrah menceritakan kesemua kisahnya, dia telah dinodai seorang lelaki yang dianggapnya jujur dan tulus dalam agama, namun sebaliknya selepas dia diperkosa lalu ditinggalkan begitu sahaja, dan kini disahkan mengadung dua minggu.Dia tidak mahu menggugurkan kandungan itu kerana baginya bayi itu tidak bersalah. Adam terpaku, simpati dan tidak mampu dikatakan apa-apa. Pertemuan itu tanpa disedari, telah terlihat oleh Humaira sewaktu dia ingin membuat kejutan buat suaminya Adam, namun sebaliknya pula yang terjadi. Namun Humaira mendiamkan diri kerana dia tidak mengenali siapa perempuan yang ada bersama suaminya, mungkin itu hanya teman sekerja Adam, dia tidak mahu memberi apa-apa andaian, takut hatinya menyimpan rasa curiga yang mungkin mampu menjejaskan rumah tangga mereka. Keadaan sunyi sepi, Adam menjamah makanan seperti mahu tidak mahu, dilihatnya nasi itu, di main-main di pinggannya,bagaikan sedang memikirkan sesuatu.
“Abang… kenapa tak makan, abang ada masalah..?” sapa Humaira lembut,
 Adam masih sebegitu tidak dipeduli pertanyaan isterinya.
“Abang…” seru Humaira, “apa..!” tiba-tiba Adam menjerkah Humaira.
Tiba-tiba keadaan sunyi sepi, bulat mata Humaira terkejut dengan tindakan suaminya yang tiba-tiba sahaja melenting. Adam serba salah, lalu terus melulu meninggalkan Humaira yang terpinga dengan keadaan yang berlaku. Terasa air matanya mula membasahi pipi, dia terkejut sebenarnya, tertanya dalam hatinya apa yang telah berlaku. Terasa kecewa dengan tindakan suaminya.

Adam masuk perlahan-lahan dan menyusuri disebelah isterinya. Humaira membalikkan badannya dari tadi, rasa bersalah sebenarnya tiba-tiba dia menengking isterinya, bukan salah isterinya, namun dia kesal kerana semua itu dilepaskan kepada isterinya.
“Ayang… maafkan abang..” bisik Adam sambil baring di sisi isterinya.
Dirangkul pinggang Humaira rapat dengannya, dicium rambut lurus isterinya yang paras belakang badan beralun cantik,
            “maafkan abang..” Humaira masih menangis sendiri, hanya Allah yang tahu perasaannya saat itu, bagaikan hancur hatinya.
Peristiwa tengah hari tadi bermain-main di ingatannya. Apakah benar apa yang difikirkannya, semuanya menjadi persoalan.

Pagi itu Humaira mengejutkan Adam seperti biasa, senyumannya tidak pernah lekang bila berhadapan dengan suaminya, cuma matanya jelas kelihatan sembam, dan bengkak bukti yang dia menangis semalaman. Adam berasa bersalah dengan apa yang berlaku, dibelai raut wajah isterinya yang putih kemerah-merahan, dikucup dahinya dengan penuh rasa kasih,
“maafkan abang ya sayang, abang tertekan semalam..” terang Adam untuk meredakan tekanan dan ketakutan Humaira terhadap tindakannya semalam.
Diambil tangan Adam diwajahnya, digengam erat jari jemari suaminya sambil tersenyum,
“abang jangan simpan sorang-sorang sayang kalau ada apa-apa masalah ya bang..” pujuk Humaira dengan sebutan yang manja dipendengaran Adam, tersenyum Adam dengan gelagat isterinya yang sememangnya manja tanpa pengetahuan orang lain.

Di universiti, jika tiada kelas, Adam selalu termenung seorang diri, seperti memikirkan sesuatu yang tidak sudah-sudah dicapai jawapannya. Zahrah sekarang sentiasa bermain difikirannya, apakah cara itu akan mampu diterima semua pihak termasuk isteri dan keluarganya. Satu petang, Zahrah bertemu Adam, kekecewaan Zahrah atas apa yang berlaku membuatkan Adam sayu, kerana kasihnya masih utuh seperti dulu. Cintanya terlalu agung buat Zahrah,walaupun dia tahu dia sudah beristeri. Adam menanyakan kepada Zahrah, adakah mahu dia menerima Adam sebagai suaminya, apakah dia sanggup bermadu dengan Humaira. Zahrah setuju sahaja, kerana baginya pekara ini harus diselesaikan secepat mungkin dari diketahui sesiapa. Adam bertindak sebagai pak sanggup demi cintanya yang telah dihancuri. Keputusannya telah dia tetapkan, yang dia akan cuba berterus terang dengan Humaira untuk menikahi Zahrah. Malam itu,  Adam membawa Humaira keluar bersiar-siar, sejak masuk sem baru, mereka berdua jarang sekali keluar bersama-sama kerana kesibukan masing-masing yang tidak tentu masa. Adam membawa Humaira ke restoren terapung, kerana dia tahu Humaira sukakan tasik.
“Cantik sangat abang tempat ni..” lauh Humaira bersungguh-sungguh dengan nada yang teruja.
Adam hanya tersenyum kerana jelas terlihat kebahagiaan di wajah isterinya.

Adam mula mengatur bicara, bagi memulakan hasrat di hatinya. Dia mungkin tiada sebab untuk berkahwin lagi jika kerana Humaira, namun kerana Zahrah, hatinya lemah kerana cinta lama. Sedang Humaira menjamah makanan kegemarannya, Adam memecah kesunyian itu,
“Humaira izin tak jika abang nak menikah lagi satu..” kata Adam tiba-tiba yang membuatkan terhenti Humaira dari menyuap makan yang sudah di separuh jalan untuk dijamahnya.
 Lama Humaira bagai terpaku, lalu dia meletakkan sudu, agak lama dia memandang makanannya, lalu dipandang Adam dengan senyuman, walau kelihatan sedikit kelat untuk kali ini.
“Kenapa abang nak berkahwin sekali lagi..” Tanya Humaira lembut kepada Adam.
“Abang nak zuriat..” jawab Adam sepatah.
Humaira tertunduk, lalu mengalihkan pandangannya jauh ke tasik sana, terasa sebak apabila suami yang dicintai meminta pemintaan yang mencabar hati dan jiwanya seperti itu. Lama fikirannya melayang, mencari mengapa sesanggup ini Adam lakukan terhadapnya.
Kata putus dari Humaira masih dinanti Adam sejak dari seminggu yang lalu, namun sikap Humaira tidak sedikitpun berubah dengannya. Tetap seperti dulu, menunjukkan dia seorang isteri yang sangat taat. Namun Humaira pula, dia sentiasa menolog sendiri bertanya apa salahnya, apa kekurangannya, menagpa terlalu terburu-buru sedangkan usia perkahwinan mereka baru mencecah usia lima bulan. Apa yang dilakukan Adam adalah terburu-buru. Namun selama seminggu dia mohon pada Allah s..w.t, jika ini adalah ketentuan yang terbaik buatnya, moga segalanya dipermudahkan, diberikan ketenangan buatnya untuk memberikan jawapan dan mengikhlaskan hatinya untuk menerima segalanya. Bukan mudah ntuk seseorang wanita itu menerima keputusan seperti ini, bermadu bukan perkara yang mudah jika hati tidak ikhlas menerima segalanya, dia yang akan mendapat dosa dan kesan yang kurang baik.  Adam terpaksa melakukan semua ini demi Zahrah, kini Adam bagaikan luah mati bapak telan mati emak, rasa bersalah yang teramat. Namun demi sayangnya pada Zahrah, dia perlu lakukan sesuatu untuk selamatkannya, kerana hanya dia seorang yang mampu lakukan semua ini setelah apa yang telah terjadi pada Zahrah. Malam itu Adam dan Humaira membuat kerja masing-masing, mereka lebih banyak mendiamkan diri,mungkin kerana masing-masing sentiasa memikirkan sesuatu yang tidak mampu diluahkan. Saat Adam sudah siap menyiapkan laporannya, dia terus menuju ke kamar, baringkan diri di katil menghadap syiling yang kosong, fikirannya melayang, namun entah apa yang difikirkannya kerana dia sendiri juga tidak dapat mentafsir apa yang cuba difikirkannya. Humaira datang, masuk ke kamar mereka lalu menuju tepat kearah adam yang tidak sedar akan kehadirannya. Bagi Humaira, segala apa yang berlaku, dia kan cuba dilaluinya, mungkin ini adalah ketentuan dan nasibnya. Dia tidak mahu menghancurkan hati Adam kerana sayangnya dia terhadap Adam, cinta pertamanya yang mengenalkan dia akan rasa kasih dan sayang. Dia tidak mahu membiarkan suaminya terasa kekurangan, demi semuanya ini Humaira telah membuat keputusan untuk menerima pemintaan Adam bagi mengahwini seorang gadis demi mendapatkan zuriat. Keadaan Humaira yang masih lagi belajar, membataskan diri Humaira untuk mengandung, mungkin juga kerana belum tiba rezekinya.
“fikir apa sayang..”tegur Humaira setelah duduk di sisi suaminya. 
Adam menolah, tersenyum pahit melihat Humaira, namun dibalas dengan senyuman manis oleh Humaira. Humaira menarik suaminya, istarat itu menunjukkan dia mahu Adam bangun dan duduk menghadapnya. Terbukti ada sesuatu yang mahu dibincangkan. Adam bangun, dibetulkan kedudukannya menghadap isterinya. Humaira menarik tangan Adam, digengam dan dilihatnya sambil tertunduk,
“ Abang, saya dah buat keputusan..” kata Humaira,
 Adam juga turut melihat akan jari isterinya yang memegang erat tangannya.
“Abang, saya sayangkan abang,” jelas Humaira,
dilihat suaminya yang memandangnya tanpa kata-kata merenung wajahnya,
“jika abang rasa semua ni benar dan terbaik buat kita, saya akan terima dengan ikhlas, demi kebahagiaan abang, demi kebahagiaan kita, saya terima permintaan abang untuk berkahwin satu lagi…”jelas Humaira dengan air mata yang mula bertapak di kelopak matanya.
Terbukti keputusan ini menikam hatinya, namun demi suami tercinta, dia akan cuba terima dan bergantung segala-galanya kepada Allah.
“Ayang..” hanya itu yang mampu diucapkan Adam, Adam terpaku, bulat matanya memandang memandang wajah isterinya.
“Saya tahu abang mampu berlaku adil sebab abang mampu dari semua sudut, lagipun saya akui, saya belum mampu berikan apa yang abang mahukan.” terang Humaira sambil mengalir air matanya di pipi.

Dia tidak mampu menahan sebak yang telah disimpannya seorang diri selama ini, malam ini semuanya tertumpah juga dihadapan suaminya yang tidak pernah melihatnya menangis. Adam terasa sayu, rasa bersalah kerana semua ini bukan kerana isterinya, namun kerana Zahrah.
            “Sayang.. maafkan abang..” pinta Adam dengan air matanya juga telah bergrnang di kelopak matanya.
Dirangkul isterinya, dipeluk erat. Sendu Humaira semakin menjadi-jadi, sebaknya terasa apabila dalam pelukan suaminya. Dia tahu, dia sekarang perlu belajar banyak untuk menjaga hatinya sendiri selepas ini. Terlalu sebak rasanya, Adam turut mengalirkan air mata. Dia tahu, salahnya kerana semua ini terpaksa dilalui oleh Humaira tanpa sebarang kekurangan dari Humaira. Dikucup umbun-umbum isterinya, malam itu mereka berdua tidur dalam tangisan, Humaira kerana akan merasai kehilangan suaminya manakala Adam rasa bersalah kerana melukai hati isterinya. Namun jika dia tidak lakukan juga, dia juga tidak mampu membiarkan Zahrah begitu sahaja, kerana kini kedua-duanya dia sayang dan tidak mampu untuk dilepaskan.

Humaira sendiri telah meminang Zahrah untuk suaminya. Kini Zahrah tunangan untuk Adam suaminya yang bakal menjadi madunya. Perkahwinan mereka akan dipercepatkan, kerana Zahrah telah mendapat tawaran untuk ke Mesir bagi melanjutkan pelajarannya. Seminggu bergelar tunangan orang, akhirnya Zahrah dan Adam disahkan suami isteri dengan hanya sekali lafaz. Humaira orang yang paling setia dan penting dalam majlis antara Adam dan Zahrah. Humaira melakukan segala-galanya demi melancarkan majlis ini. Zahrah terlalu bangga kerana punya madu seperti ini, 
              "kuatnya dia melalui semua ujian ini", bisik hati Zahrah. 
Jika dia yang berada di tempat Humaira, entah kuat atau tidak untuk dia menerima semua ini.
“Terima kasih kakak,..” ucap Zahrah,
 sambil mengengam tangan Humaira dengan nada yang bergetar menahan sebak, terima kasihnya terhadap madunya tidak terhingga kerana menerima mudah dirinya untuk menjadi seorang insan yang bakal berkongsi kasih sayang insan yang dicintai.
“Tolong jaga abang Adam sebaik mungkin ya Zahrah, dia nyawa akak..” terang Humaira dengan pengharapan yang terlalu tinggi,
lalu dipeluknya Zahrah dengan linangan air mata yang ditahannya sejak tadi.
“tolong jaga abang Adam ya dik” pinta Humaira dengan sebak dan penuh harapan,
 manakala Zahrah hanya mampu menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan linangan air mata yang tidak mampu dipertahankan lagi,
“sucinya hatimu kak…” bisik hati Zahrah.

Malam pertama Adam dan Zahrah, Humaira sendiri di rumah seorang diri. Di kamar tidurnya, hatinya terasa sayu, dari tadi dia hanya di sejadah, membaca Al-quran mencari ketenangan yang pasti. Tangisannya seorang diri, tiada sesiapa yang mampu ketahui apa yang dia rasai saat ini. Dia cuba belajar untuk redho, walaupun terasa periknya untuk dirasai dan ditelan. Siapa yang mampu menerima mudah saat ini suaminya sedang tidur dengan wanita lain dan meninggalkan dirinya seorang diri di rumah yang penuh dengan kesunyian. Humaira bangun dan berkemas, dirinya terasa lemah. Lalu dia terus menuju ke katil, lalu berbaring di tempat tidur suaminya yang kini kosong tanpa sebarang benda yang terusik. Tiba-tiba mengalir air panas di pipi, sebak hatinya, sakitnya terasa amat. Sendunya menjadi-jadi, namun tiba-tiba dia terasa sesuatu lalu terus menuju ke bilik air. Humaira terasa mual, sesampai sahaja, terus muntah, sehingga terasa sakit di urat perutnya. Dia mula rasa pening, badannya terasa lemah, lalu selesai membasuh dan membersih diri, dia menuju ke kamar, dia merebahkan diri, terasa badannya lemah, mungkin dia tersalah makan, fikirnya. Dia cuba memejamkan mata, terasa letih kerana loya dan kesedihannya. Lalu Humaira tertidur juga tanpa dia sedar bila dia tertidur.
“Abang akan ke Mesir,” terang Adam tenang.
Humaira yang mendengar seperti sudah mengagak kenapa Adam akan ke sana.
“mungkin enam tahun sayang..” terang Adam lagi.
Zahrah akan melanjutkan pelajarannya ke Mesir, sebagai suami, Adam rasa dia patut menemani isterinya ke sana di tempat orang yang jauh dari keluarga. Humiara hanya terdiam, dia faham mengapa suaminya akan ke sana selama itu.
“Kerja abang..?” Tanya Humaira untuk memdapatkan jawapan,
adakah suaminya akan berhenti begitu sahaja.
“Abang buat pertukaran ke sana, jadi di sana nanti abang akan mengajar juga” ujur Adam sambil tersenyum walaupun sedang sibuk memandu di jalan raya yang penuh dengan kenderaan.
“Bila abang nak pergi ke sana..” Tanya Humaira lagi sepatah kata,
 “hujung bulan ni sayang…” jawab Adam.
Humaira terdiam, kali ini dia akan kehilangan suaminya lagi, kehilangan yang akan lebih menyakitkan. Namun demi kebaikan Zahrah yang memerlukan seorang insan terpenting di sisi semasa di tempat orang, dia cuba terima keadaan dan keputusan ini. Masa yang dinanti tiba, akhirnya hari ini selamat sudah Adam dan Zahrah berlepas ke sana. Humaira turut bersama keluarga Adam dan Zahrah di KLIA, ada yang memuji keperibadian Humaira yang kuatnya dia melalui hidup ini sebagai seorang insan yang bermadu, dan kini madu bersama suami memulakan hidup bersama di tempat baru, namun dia di sini hanya menanti kepulangan suaminya dengan pengharapan yang entah berapa lama masanya. Selesai semuanya, Humaira dan yang lain-lain sudah mula beransur-ansur untuk pulang, namun tiba-tiba Humaira terasa dunianya gelap dan berpusing-pusing lalu terus gelap. Terasa berat matanya untuk dibuka, Humaira mula sedar, terbukti dia pengsan. Disisinya terlihat ibu mertuanya yang tidak lekang dari senyuman,
 “macam mana sayang, Humaira rasa baik sayang..?”
Tanya Puan Fatimah sambil tersenyum. Senyuman Puan Fatimah membuatkan Humaira hairan, Humaira melihat sekeliling dengan pandangan yang hairan,
“Humaira di mana mak..” Tanya Humaira lemah.
“jangan risau sayang, kita di hospital..” ujur Puan Fatimah lembut.
Terasa kasih dan kasihan pada Humaira,
“lembut hati budak ni, kau lindungilah dia Ya Allah,” bicara Puan Fatimah dalam hati.
Bertapa kuatkannya hatinya, ditinggalkan suami yang entah berapa lama kerana insan lain.
            “Humaira anak mak, jaga kesihatan baik-baik ya sayang, jaga cucu mak baik-baik,” ujur lembut Puan Fatimah.
Tiba-tiba Humaira melihat Puan Fatimah dengan raut muka yang berkerut, penuh tanda tanya. Namun Puan Fatimah dapat mengagak dengan raut wajah menantunya itu.
            “Humaira bakal jadi ibu sayang..” bicara lembut Puan Fatimah dengan wajah yang ceria dan jelas tergembar kebahagiaan.
Terasa sedih kerana anaknya tidak sempat untuk tahu perkara ini, jika tahu si Adam pasti dia tidak akan tinggalkan Humaira. Humaira tidak memberi apa-apa riaksi, dia bagaikan buntu. Dia tidak percaya akan semua ini, Adam meninggalkannya seorang diri di sini dan kini dia disahkan mengandung. Terasa air mata mengalir di pipi, terasa kehilangan namun Allah hadirkan sesuatu yang lain bagi menemaninya mungkin. Puan Fatimah yang melihat seperti memahami perasaan menantunya.
            “Sabar ya sayang… mak ada di sini,” bagaikan memujuk Humaira dari berasa sedih.
Namun Humaira cuba memberikan senyuman buat ibu mertuanya, tidak mahu ibu mertuanya itu risau,biarlah hanya dia yang merasai semuanya seorang diri.

Lima bulan berlalu, namun khabar dari Adam tidak pernah sampai kepadanya, hanya sekali selepas Adam dan Zahrah selamat sampai ke sana, itu pun melalui Puan Fatimah ibu kepada Adam. Hidup Humaira diteruskan seorang isteri dengan kandungan yang semakin membesar, namun dalam masa yang sama dia selalu sahaja terasa sakit di ulu hatinya, mungkin kerasa kesan kandungannya. Kini Humaira telah selamat menamatkan pelajarannya, Cuma menunggu masa untuk graduasi sahaja. Dalam masa yang sama, Humaira mengisi masa yang ada dengan bekerja di sebuah syarikat penerbitan buku novel dan kanak-kanak. Sekurang-kurangnya masanya terisi dan dapat mengubatkan rindu terhadap suaminya.
“Ya Allah… lindungilah dia, sampaikanlah rinduku padanya…” bisik hatinya yang tiba-tiba terasa rindu yang teramat terhadap Adam.
Tiba-tiba Humaira terasa sakit yang bagaikan menyucuk-nyucuk di ulu hatinya. Humaira cuba sapukan ubat di bahagian dadanya, namun rasa sakit makin nyucuk. Dia cuba bertahan dan mencapai tudungnya.
            “Abang…” tempik Humaira tanpa dia sedar suaminya tiada di sisi.
Dia tersentak, dan bagaikan terjaga dari kesakitannya. Air mata mula mengalir, terasa siksanya hidup seorang diri dalam keadaan seperti ini. Dalam hatinya berdoa agar suaminya berada di sini walaupun hakikatnya dia tahu semua itu tidak akan berlaku. Humaira bagaikan bertaktih cuba sedaya upaya untuk ke hospital, namun tiba-tiba dia terjatuh di hadapan rumahnya. Humiara tidak sedarkan diri, kebetulan Firdaus, jiran dan sahabat dia dan Adam terlihat ketika mahu keluar dari kereta. Bergegas dia datang bersama isterinya Sakinah.
            “Humaira..! Humaira..!tolong Humairah bang..!” pekit Sakinah sambil menyapu-nyapu muka Humaira untuk kejutkannya.
“Abang..! tolong Humaira bang… kita bawak ke hospital cepat..” pinta Sakinah cemas dengan cemas melihat Humaira yang sudah tidak sedarkan diri terlentang di hadapan pintu kereta .
Firdaus mengendong Humaira masuk ke bahagian belakang kereta Humaira, diikuti isterinya mengampu kepala Humaira. Mereka pantas menuju ke hospital.

Kepala Humaira terasa berpusing, dia cuba membuka mata. Sakitnya terasa berkurang, disisinya dia terlihat Sakinah yang sedang setia menanti jaganya.
            “Humaira…” panggil Sakinah sebak.
            “kenapa engkau tak pernah bagitahu aku Humaira,” Sakinah mula mengalirkan air matanya, terlalu sebak dengan keputusan yang diperoleh dari suaminya Firdaus yang merupakan seorang doktor.
Humaira terpinga dalam sedar tidak sedar.
            “Bagitahu apa Sakinah…” Tanya Humaira lemah.
Sakinah merangkul tubuh Humaira, tangisannya akhirnya tumpah juga. Tidak tertahan olehnya apabila dia ketahui yang Humaira sebenarnya menghidap sakit barah ulu hati peringkat ketiga. Peringkat yang tiada ubatnya, hanya menunggu masa sahaja. Sakinah menceritakan apa yang sebenarnya berlaku pada Humaira dalam tangisan yang tiada henti. Humaira bagaikan terpaku, tiada kata yang mampu dia luahkan. Tertanya di hatinya mengapa semua ini berlaku, dia bagaikan tidak percaya. Bagaimana dia mahu melalui semua ini seorang diri, air mata tidak henti-henti membasahi pipi. Hebatnya dugaannya , dengan Adam yang entah apa khabarnya, bagaimana dia mampu melalui semua ini tanpa kakasih yang digelar suami di sisi.

Segalanya diteruskan seperti biasa, sakitnya semakin menjadi-jadi. Namun Humaira kuat melaluinya seorang diri. Email dihantar kepada Adam untuk kesekian kalinya walaupun tiada balasnya, namun dia merahsiakan sakitnya dari semua orang kecuali Sakinah dan Firdaus. Hanya mereka berdua yang tahu akan dirinya, dia tidak mahu semua orang memberi simpati. Tangisannya hanya diluahkan saat sujud menghadap Ilahi, hanya itu tempatnya selain Sakinah tempat dia meluahkan apa yang terbuku di hati. Diarinya kini dipenuhi kata-kata rindu terhadap suaminya yang tidak mampu diluahkan.
            “Abang… Humaira sakit…” bisik Humaira dengan sebak yang terluah dengan dengan tangisan seorang diri sambil menulis diari hatinya.
Hanya tangisan yang mampu menemaninya melalui saki baki kehidupan. Tiada kekasih yang tahu dan menemani, hanya kandungan yang setia bersama sahaja tahu akan segala rasa hatinya. Terlalu pantas dan bagaikan mimpi semua yang berlaku, terasa sakitnya segala yang berlaku. Humaira mengambil keputusan untuk pulang bercuti ke kampung halamannya, mungkin ini kali terakhir dia kesana yang selepas ini entah bagaimana takdirnya adakah masih berpeluang merasai nikmat kehidupan atau pergi dan hanya melihat segalanya dari kejauhan.

Pandangan alam seperti memahami hati sanubari Humaira,angin sepoi-sepoi bahasa menyambut kepulangan Humaira, sawah bentang terbentang melemparkan permaidani terindah yang menghijau memenuhi setiap penjuru kampung halamannya. Kepulangannya disambut ummi dan abah tercinta dengan senyuman dan kerinduan yang bergunung. Namun ummi seperti dapat mengagak ada kesedihan di hati puterinya.
            “Kenapa sayang… kurusnya anak ummi sekarang, Humaira sakit nak?” teka ummi Salwa akan keadaan puteri bongsunya.
            “tak adalah ummi, Humaira baik, cuma letih memamdu jauh dengan baby dah tujuh bulan ni..” usik Humaira manja.
Tersentuh ummi dengan nasib anaknya, berikan peluang untuk suami sendiri mengejar cinta perempuan lain dengan memberikan derita di hati sendiri.
              "Besarnya kasihmu nak", bisik ummi sendiri dalam diam melihat telatah anaknya yang manja melayani saudara-mara yang kebetulan datang. 
Kesempatan yang bersisa, Humaira penuhkan kesempatannya untuk pergi ke persisiran pantai, banyak masanya di situ, termenung bagaikan melakarkan kata-kata bayangan di situ. Sesakali air mata membasahi pipi, dia cuba redho dengan segala ketentuan ini. Mungkin segala yang berlaku sebelum ini merupakan alamat yang dirinya akan pergi meninggalkan mereka-mereka yang dia kasih dan sayang. Masa yang terluang dimanfaatkan sebaik mungkin buat semua ahli keluarga, namun masa memberi amaran kepadanya untuk melakukan sepantas mungkin segala apa yang dia mahukan sebelum meninggalkan segalanya.
           
Humaira semakin lemah, wajahnya pucat, dan semakin susut badannya. Namun senyuman tidak pernah lekang di wajahnya demi insan-insan disekeliling. Humaira mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sesampai di rumah, humaira banyak menghabiskan masa dengan kerja, malamnya di rumah merehatkan diri dan bersama dengan diarinya mecatat segala rasa rindu dan pekara yang ingin diceritakan kepada suaminya.Humaira telah memberi sakinah satu pesanan. Apabila dia sudah tidak mampu melakukan apa-apa, dan Adam pulang, tolong berikan diari ini pada suaminya yang dia kasihi. Humaira juga membeli barang-barang bayi untuk anak yang bakal dilahirkan nanti, semuanya tersimpan baik di sebuah bilik. Segalanya lengkap dan sempurna, dia juga tahu yang bakal lahir nanti adalah anak perempuan. Sentiasa dibelai dan dibacakan surah-surah dari ayat suci Al-quran untuk didengari anak dalam kandungannya.
            “Jadi anak yang solehah ya sayang mama…” ngomal Humaira sendiri sambil tersenyum.
Kadang-kala hatinya berbisik adakah dia sempat melihat wajah satu-satunya bayinya ini.

Keadaan Humaira semakin lemah, sakitnya semakin menjadi-jadi mungkin kerana kesan kandunganya yang mencecah hampir lapan bulan. Keadaannya membuatkan Firdaus mengambil keputusan untuk meletakkan Humaira di hospital, kerana di sana akan ada yang menjaga Humaira. Semakin hari semakin tidak berdaya, Sakinah adalah insan yang setia saat Humaira di sana. Pagi itu Humaira cuba gagahkan diri untuk ke tandas, ingin mengambil wuduk, namun ketahanan badan Humaira terlalu lemah, semasa Humaira cuba ke tandas, dia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Dia kini ditahan di wad ICU. Firdaus buntu dengan keadaan Humaira yang tidak diambil tahu oleh Adam. Firdaus cuba sedaya upaya mencari Adam, dan akhirnya diperoleh melalui saudara Zahrah akan alamat yang mampu menghubungkan mereka di tanah air dangan Adam.
            “Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Muhammad Adam..?” bicara Firdaus apabila suara perempuan yang manjawab panggilannya.
            “ya, sebentar boleh saya tahu ini siapa..” bicara dari talian,
            “saya sahabat firdaus dari Malaysia..” jelasnya.
            “sebentar ya..” balas dari talian.
Selepas Adam menjawab panggilan Firdaus, Adam terus melatakkan gengaman.

Seorang lelaki bersama seorang wanita yang sarat mengadung mencari-cari di mana Dr.Firdaus. Selepas ditunjukkan biliknya, akhirnya dua sahabat itu bertemu, namun wajah Dr. firdaus lain dari biasa, merah bagaikan menahan marah.
            “kita perlu bercakap..” kata Dr. firdaus lalu menarik tangan Adam.
Mereka menuju ke subuah bilik wad kelas pertama. Adam yang tidak berhenti dari tadi bertanya tetap tidak dilayan. Mereka sampai ke bilik yang dituju, Firdaus membukankan pintu bilik. Terlihat Sakinah yang sedang membaca yassin di samping seorang wanita mengandung terbaring.
            “Engkau tengok Adam..! kau tengok..!”tenking Firdaus kepada Adam.
Adam hairan dengan Firduas, firdaus menolak Adam ke katil lalu disuruh lihat siapa wanita yang terbaring kaku tidak sedarkan diri. Adam melihat dan perhatikan,
            “Ya Allah…!! ” Adam terjerit, bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya.
Isterinya yang tidak pernah dijumpai dan tidak pernah dia hubungi selepas ke sana, kini bagaikan sarat mengandung, dengan wajah yang pucat dan badan yang kurus tidak berisi seperti dulu. Adam menerkam kearah isterinya, bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya, Humaira yang terbaring kaku dan tidak sedarkan diri. Air matanya akhirnya mengalir tumpah juga apabila melihat keadaan Humaira sebegini, penyesalan yang tiada terhingga. Firdaus menceritakan apa yang sebenarnya dihadapi Humaira, sakinah mencelah terlalu kecewa dengan apa yang telah Adam lakukan selama ini. Keadilan yang tiada untuk Humaira. Masing-masing menangis, saat pertemuan yang sangat tragis. Adam merangkul tangan tangan Humaira, penyesalan dan kemaafan yang tidak lekang-lekang dari tadi diucapkan pada Humaira.

Semasa di bilik Firdaus.
            “Masa dah semakin suntuk dan ini memberi kesan yang hebat untuk Humaira bertahan..” pujuk Firdaus.
Pilihan sekarang adalah diantara dua, selamatkan bayi itu atau biarkan keadaan seperti ini kerana tidak mahu kehilangan Humaira. Kata dua ini memberi Adam tekanan yang hebat. Dia terasa berdosa, menyesal yang tidak mampu diluahkan lagi.
            “izinkan aku bersama Humaira sekejap lagi Duas..” pinta Adam lemah.
Adam masuk ke bilik dan duduk disamping Humaira. Dilihat wajah isterinya yang pucat lesu, namun bagaikan tersenyum kepadanya. Adam membelai umbun-umbun isrerinya, air mata tidak henti-henti mengalir membasahi pipi.
            “Maafkan abang Humaira… abang tak adil antara kamu dengan Zahrah..” rayu Adam memohon kemaafan pada Humaira.
Tanpa dia sedar, air mata Humaira mengalir membasahi pipi. Humaira bagaikan sedar akan apa yang sedang berlaku di sekelilingnya saat itu. Cuma dia tidak dapat mampu bergerak dan berkata-kata lagi. Adam semakin menjadi-jadi tangisannya, apabila melihat keadaan Humaira.
            “maafkan abang sayang… maafkan abang.. tolonglah bertahan, berilah abang peluang kedua..” rayu Adam tanpa henti.
Sakinah masuk lalu berdiri di sebelah Adam. Diberinya diari yang telah dipinta HUmaira untuk diserahkan kepada Adam.
            ‘’Humaira tinggalkan benda ni untuk kau baca…” bicara humaira menyampaikan hajat yang diinginkan Humaira.
Sakinah meninggalkan Adam dan Humaira. Adam menyelak satu persatu muka surat dalam diari itu. Muka surat pertama terselit gambar perkahwinan mereka yang menunjukkan Humaira melihat wajah Adam tanpa Adam sedar, belakangnya tertulis sesuatu.
Saat saya jatuh hati pada awak, terima kasih kerana hadir dalam hidup saya sayang
Adam mengesat air matanya. Diselak satu persatu muka surat, semuanya menceritakan bagaimana rasa hatinya setiap hari dari hari pertama perkawinan meraka hinnga saat terakhir tanpa seorang suami yang dikasihi di sisi. Adam membaca tanpa henti sambil dalam masa yang sama memandang wajah pucat isterinya dengan air mata yang semakin menderas. Tiba-tiba terjatuh satu sampul surat dari diari Humaira. Adam tunduk lalu dicapai surat itu dan membuka, sekeping gambar bayi hasil pemeriksaan kandungan terselit bersama surat itu. Adam melihat gambar itu, jelas terlihat bayi di yang sempurna sifatnya, lalu dibaca surat yang ada bersama-sama gambar.
            Buat suami yang dikasihi,
Abang, walau macam mana sekali pun Humaira tinggalkan abang, Humaira sentiasa rindukan abang. Setiap hari Humaira tunggu abang. Abang, bila nanti Humaira dah tiada di sisi abang bersama bayi kita, maafkan Humaira ya sebab tidak mampu menjadi seorang ibu yang baik buat zuriat abang. Abang, Humaira teringin sangat nak namakan anak kita ini dengan nama Ainul Mardiah Binti Muhammad Adam. Cantikkan nama dia, tolong berikan nama ini padanya ya sayang. Abang, Humaira sudah cuba didik anak ini semasa dalam kandungan Humaira dengan surah-surah suci, Humaira harap harap abang teruskan juga ya selepas dia tidak lagi bersama Humaira. Jagalah dia, jangan tinggalkan dia walau kemana sahaja Abang pergi, jangan tinggalkan dia seperti abang tinggalkan Humaira ya. Abang, halalkan segala-galanya ya, maafkan Humaira dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Serahkan Ainul Mardiah kepada Zahrah, untuk Zahrah menjadi ibu untuk anak ini. Abang, nanti ceritakan pada Anak kita ya, yang Humaira ibunya, Humaira sentiasa rindu dan sayangkan dia. Sampai sini sahaja, Salam rindu dan sayang buat Muhammad Adam Suami yang saya cintai dunia akhirat.
Air mata Adam membasahi pipi, dirangkul tangan Humaira, dikucupnya dangan tangisan yang tidak dapat dibendung lagi.
            “Maafkan abang sayang..” bisik Adam ke telingga Humaira.

“Baiklah jika itu keputusannya” kata Firdaus.
Semua peralatan sudah siap, Humaira dimasukkan ke bilik pembedahan. Masa untuk melahirkan perlu dipercepatkan. Kandungan Humaira mesti diselamatkan melalui pembedahan. Adam di luar bilik tidak henti-henti membaca surah-surah suci moga pembedahan isterinya berjalan lancar. Empat jam berlalu, akhirnya Firdaus keluar dengan senyuman, lalu dihampiri oleh Adam.
            “Macam mana Daus..? macam mana Humiara? Anak aku..? ” gelojoh Adam mengajukan soalan bat Firdaus.
            “Alahmdulillah… kedua-duanya selamat..tapi keadaan Humaira terlalu lemah Adam ” khabar Firdaus.
Sekali lagi air mata Adam gugur. Kegembiraannya terbahagi dua, untuk anak dan isterinya.
            “Masuklah Adam ..” pinta Firdaus.
Adam melangkah masuk, di islamkan zuriat dari isterinya. Bayi yang putih kemerah-merahan yang dari tadi tidak henti menangis lalu dibawa pada isterinya yang sudah tidak sedarkan diri. Diletakkan bayi perempuan itu di samping Humaira, tiba-tiba bayi itu terdiam dari tangisan yang tiada henti dari tadi. Air mata Humaira sekali lagi membasahi pipi, seperti menangis atas kelahiran zuriat yang dipertahankan selama ini. Air mata Adam dan Firdaus mengalir melihat keadaan itu. Adam kucup dahi isteri dan anaknya berurang kali. Tiba-tiba nafas Humaira turun naik, mesin nadi mula menunjukkan ketidakstabilan jantung Humaira. Bayi yang tadi diam tidak menangis kini mula merenget kembali, Humaira semakin lemah, Adam ucapkan kalimah Allah, ke telinga Humaira berulang kali tanpa henti.
“mengucap sayang…” kata Adam dengan sebak yang tidak tertahan.
Bayi  mereka mula menangis kembali seperti memahami akan pemergian ibunya yang selama ini berkongsi rasa dengannya. Adam tidak putus-putus mengucapkan kalimah Allah sambil air mata yang semakin deras mengalir. Dari luar, Zahrah, ummi, ibu Adam ayah dan abah Humaira melihat dengan rasa sebak yang tiada dapat ditahan lagi, Sakinah dari tadi menangis tanpa henti, terlalu perik rasanya hidup Humaira, moga pengakhiran ini mampu memberikan kebahagiaan buat Humaira. Akhirnya Humaira menghembuskan nafas yang terakhir di samping anak dan suaminya. Keadaan yang tidak dapat ditahan oleh semua ahli keluarga yang melihatv akan pemergian Humaira. Bayi itu menagis tanpa henti, Adam kucup dahi Humaira dengan air mata yang mangalir, lama kucupnya. Rasa kesal yang bagaikan tidak sudah.

Ditanah perkuburan, ramai sahabat handai yang datang untuk melihat pemergian Humaira, cuaca yang redup bagaikan menangisi pemergian Aishah Humaira. Bayi yang putih bersih kulitnya itu dipegang oleh Zahrah. Saat jenazah dimasukkan keliang lahad, bayi humaira merenget bagaikan tidak mahu dipisahkan dengan ibunya, sebak orang ramai yang melihat, ada diantara yang mangalirkan air mata. Bagi Sakinah, tiada ganti seorang isteri seperti Humaira. Kasihnya dikorbankan demi kasih insan yang dicintainya. Adam insan yang paling lemah, rasa kesalnya tidak akan pernah habis sampai bila pun pada Humaira. Tiada ganti Humaira di hatinya, pengorbanan yang tidak pernah dia fikirkan sebelum ini kerana terlalu ikutkan hatinya yang tidak memikirkan isteri yang di nikahi pada mulanya kerana mahu melupakan teman wanitanya. Kini rasa yang kasih yang tidak akan pernah ada gantinya buat Aishah Humaira.

Akhirnya segalan-galanya berakhir, Ainul Mardiah kini sudah mencapai usia dua tahun. Wajahnya tidak tumpah seperti HUmaira, bersih dan suci kemerah-merahan seperti ibunya. Adam rasakan ini merupakan ganti buatnya sebagai Humaira. Kasihnya tidak dapat dibayangkan terhadap Ainul Mardiah, seperti membalas segala jasa dan kasih isterinya yang setia. Adam Juga tidak pernah lupa menceritakan Tentang Humaira pada anaknya Ainul mardiah, sehinggakan setiap dua minggu sekali akan dibaca Anaknya ke pusara ibunya sehinggakan Anaknya tahu itu merupakan tempat ibunya yang tdiak pernah dia sempat mengenali. Adam pula sentiasa mendengar lagu Pada Syurga Di Wajahmu yang dinyanyikan olehNash, yang bergitu bermakna buatnya sehinggakan air matanya pasti membasahi pipi apabila mendengar lagu ini. Hanya Ainul mardiah dan lagu ini penemannya untuk mengingatkan dia pada Humaira yang dikenalinya hanya sebentar namun meninggalkan kesan yang berpanjangan hingga akhir hayatnya.
Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar
Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti…
Sekalung kasih buat seorang isteri, Aishah Humaira.

5 comments:

khir said...

Tahniah...good writing but not the best. The plot, predictable. Readers can ptredict the ending. No suspense effect...and the emotional part has beeen written many times but others.

si_mone said...

terima kasih cikgu...

bila baca banyak kali baru saya dapat kesan di mana kekurangannya..

saya ambik pengajaran, tak akan buat dah cerpen dlm masa yg singkat. cerpen ni sy buat selepas subuh sampai pukul 11 tanpa henti. saya akui terlalu banyak kesilapannya..

namun thanks cikgu sebab sudi membaca ^___^

dilain kali mungkin saya akan cuba buat yang lebih baik ! :)

khir said...

try to write something different...sometime difference is what peoples are looking for...difference make mysteries...thats what make short stories interesting...be patient, dont rush...buah kesabaran itu rasanya amat manis...

si_mone said...

thank you sir!

I will try to write something else,
but may take time, hehee
later when there is new writing,
teachers do not forget to comment! :)

hxpoless romxntix said...

Besttt.. sedihhhhh T.T