Terlalu Sayang


Aku lihat dia tersenyum
namun aku lihat terselit bersama senyuman yang kelat
dia sedang berlawan dengan jiwanya sendiri
rasa itu terlalu perik untuk dia bawakan...

Senyuman manusia mampu menipu
luarnya elok
dalamnya menangis
akan keadaan yang mengunci dalam diri sendiri

Aku kasihan
pada jiwanya yang meracau
berselindung disebalik kekuatan
demi hati insan-insan yang memberinya kekecewaan

sabarlah sayang
kuatkan kekuatan
menangislah bersendirian
kerana aku tahu engkau takut pada kehilangan....

No comments: