Langkah dan Terus Melangkah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Satu persatu tapak aku melangkah
Meninggalkan jejak yang semakin lama semakin tidak ternampak
Dalam melangkah aku sedar
Alhamdulillah aku berupaya untuk melangkah
Tanpa rasa ragu dan menyesal tak terluah

Aku teguhkan tekad
Perjuangan harus diteruskan
Demi insan-insan yang sememangnya mengharapkan 
Kejayaan diri ini di dunia akhirat

Aku bersyukur
kerna langkah aku setakat ini tidak terhenti
dek kerana hati dan perasaan
yang sebelum ini sentiasa mengharapkan.

Aku akan terus melangkah
tanpa mahu merasa dan menoleh
kerana aku tahu
setiap apa yang telah berlaku 
kadang-kala tidak seharusnya ditoleh lagi jika ia hanya memberikan kesakitan.

Moga hati ini sentiasa merelakan
akan sesuatu yang telah ditetapkan.


Setiap yang datang akan pergi begitu sahaja teman. Itulah rencana Allah yang kadang-kala kita lupa untuk fikirkan. Dalam hidup ini akan kita rasai bagaimana rasanya bahagia, bagaimana rasanya derita ,bagaimana rasanya dikecewa bagaimana dan bagaimana berterus-terusan dengan pelbagai rasa yang tidak mampu diluahkan dek kata yang kadang-kala menghantui jiwa. Moga segala apa yang telah ditetap yang bakal kita lalui nanti semuanya dalam Rahmat dan kasih Allah s.w.t... InsyaAllah .


No comments: