PetunjukMu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Perjalanan hidup ini berliku
bukan mudah untuk menjejaki laluan ini sampai hujungnya dengan mudah
susah...
banyak dugaannya
tidak seperti mimpi
semuanya mampu dicapai diluar batasan minda.

satu persatu dilalui
sampaikan kadang-kadang tidak sedar akan apa yg harungi

terasa susah
terasa mahu berhenti
terasa mati akal ini
mahu memilih laluan atau cara mana harus dipilih terbaik buat hamparan perjalanan ini.

aku dipertengahan perjalanan kini
namun terasa susah untuk berlangkah lagi
apa yang harus aku lakukan saat ini?
sungguh akalku bagai mati bersama hari.

esok permulaan hari yang penuh sesak dengan akal
aku hanya mohon satu
semoga aku mampu dan kuat untuk menghadapi segala
tanpa rasa yang terlalu sakit yang pernah aku rasai sebelum ini.


Dalam hidup ini, kita akan dihadirkan dengan bermacam cara dugaan. Jangan terasa lemah atau jatuh, kerana ini akan memberi kesan pada setiap langkah mendatang. Kuatlah hati andai saat ini engkau terasa letih, bangunlah hati andai saat ini engkau terasa badi, jagalah hati andai saat ini engkau terasa tiada apa-apa yang mampu mengawal diri...


2 comments:

ajax85 said...

Sabar je ..hadapi hidup ini..sila lah dtg ke blog sy.http://ajax85.blogspot.com

si_mone said...

Terima Kasih :)

insyaAllah akan menyusul...:)