Mereka Punya Kekuatan Luar Biasa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Satu nama angung yang kini dikenali
Tanahmu harum kerna keperibadian budi
Bumi mu penuh dengan cobaan dan ujian ilahi

Kau dihentam
Kau dihancurkan
Setiap minit ada jiwa yang menjadi korban
Namun kau tiada gentar
Terus melangkah bersama jihad yang semakin membara

Di sana jiwa kami bagaikan terjerat
Kami menangis sedangkan kau masih mampu bersyukur
dirimu lebih terasa akan kesakitan yang luluh
namun redho mengajarmu agar terus teguh

“ bangunlah anak
bangunlah bangsa
lihatlah di sana
hidup mereka sukar
namun masih tetap diteruskan
kerana atas satu nama
kerana satu agama “



Mereka pernah berkata, " kami tidak risaukan tentang diri kami kerana ujian ini mendekatkan diri kami kepada Allah s.w.t. tetapi kami lebih merisaukan saudara-saudara kami diluar sana, kerana mereka tidak dihadirkan dengan ujian seperti mana yang kami alami, dengan itu mereka hanyut dan lupa akan perintah dan janji Allah s.w.t...kami mengalu-ngalukan kedatangan anda ke sini, di bumi dan tanah islam kita untuk sama-sama kita berjuang...."

Fikirkanlah sahabat, mendengarkan cerita Heliza Helmi air mataku bagaikan tidak berhenti mengalir. Tahniah Heliza Helmi, kamu membawa cerita dan pengajaran buat kami semua di sini atas perkongsian anda selama di sana.

2 comments:

Unknown said...

Tabah....itulh prktaan yg sy gmbrkn..tentang mereka..

si_mone said...

benar..ketabahan yg diluar pemikiran kita...