Mereka Bukan Sesiapa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Siapa mereka
Untuk buatkan aku jatuh dan derita?
Siapa mereka
Untuk hancurkan hati aku dan buatkan aku rasa kecewa?
Siapa mereka !
Untuk buatkan aku dihina dicaci sepanjang perjalanan riwayat ini?

Getarkah aku?
Risaukah aku?
Sedihkah aku?
Kecewakah aku?

Ya !
Itu yang aku mampu katakan
Tapi !
Bukan untuk masa yang lama
Bukan untuk  tangisan sepanjang malam dalam tidur lena
Bukan untuk sepanjang masa dalam hati yang luka dan muka yang bahagia

Tidak !
Aku bukan dicipta untuk menjadi mangsa pada rasa kecewa
Aku bukan dicipta untuk menagih rasa simpati manusia
Aku bukan dicipta untuk tunduk dan ikutkan saja kata mereka

Mereka bukan sesiapa bagiku !
Mungkin sahaja pembakar hatiku
Yang membuatkan aku kenali
Siapa aku untuk terus berjuang dalam kesakitan yang membawa jaya buat ku

Hidupku hanya berjuang!
Untuk agama !
Untuk ibu dan bapa !
Untuk keluarga dan saudara !
Untuk guru dan pendeta
Dan sahabat yang setia !

Hasrat hatiku hanya satu selamanya
Memberi penawarku rasa lega dan bahagia
Tanpa rasa sedih mahupun kecewa
Tanpa rasa susah mahupun kalah
Yang mampu menitiskan mutiara bersih di pipi yang selalu ku kucup.

3 comments:

aisha said...
This comment has been removed by the author.
aisha said...


oh this is a very informative
post! i actually enjoyed reading
this - very well explained too. thanks, this is very useful!
Great information..
Earthmoving Parts

si_mone said...

thanks :)