Fitnah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. _Al Hujurat : 6.

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t melarang hamba-hambanya daripada mempercayai khabar angin. Allah s.w.t sudah mewajibkan ke atas kita memastikan bagi setiap pekabaran agar apa yang didengari adalah benar dan sahih. Tidak semua apa yang disampaikan adalah benar dan ada faktanya, kerna musuh-musuhmu sentiasa mencari kesempatan bagi menjatuhkan kamu. Jadi wajib ke atas kamu untuk kamu berwaspada dan berhati-hati sehingga kamu temui atau mengenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.

fitnah itu kesakitan bagi mereka yang tidak bersalah. sedar atau tidak apa yang dilakukan bagaikan mahu menjatuhkan maruahnya. Fitnah itu disebarkan bagi memburuk-burukkan seseorang atau kumpulannya kerana perbuatan itu sememangnya dapat menonjolkan dirinya jauh lebih baik dan suci serta layak dibandingkan dengan orang lain. Semua ini mampu memusnahkan nilai agama yang menjadi pegangan hidup seseorang. Bilamana  nilai agama yang yang menjadi tunjang sempurna itu dimusnahkan, maka akan banyaklah dosa yang akan dilakukan. Pekara ini diingatkan dengan tegas dan lantang oleh Rasulullah dalam sabda Baginda yang membawa maksud,
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah berleluasa". _Hadis riwayat Muslim.
 Sahabat, jika sesuatu khabar yang kamu terima dan belum diketahui akan kebenarannya, maka jangan kita bicara atau menyebarkannya. Rasulullah bersabda,
"seseorang hamba yang berbicara sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat"._ Hadis riwayat Muslim.

Fitnah dapat dikatakan seperti mengadu-domba. Kerana apabila disebarkan ia mampu menyebabkan permusuhan antara dua pihak. Permusuhan yang berlaku sebanarnya memberikan kesan yang lebih teruk seperti keadaan yang tegang dan permusuhan yang menjadi-jadi antara dua belah pihak itu sendiri amnya.

Dosa bagi seseorang yang melakukan fitnah sebenarnya mampu mehalang dia dari memasuki syurga Allah s.w.t. Rasulullah pernah bersabda,
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah",_ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Ketahuilah sahabat-sahabatku, fitnah itu dosa yang sangat besar dan amat pedih balasannya. Penyebaran fitnah ini hanya akan diberi malu oleh Allah apabila tiba hari perhitungan ketika dibangkitkan di akhirat Allah kelak. Rasulullah bersabda yang membawa maksud,
"Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberikan malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat"._ Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar.
Iman Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsia yang tidak mahu diketahui orang lain adalah perbuatan adu-domba dan fitnah.

Mencari dan membocorkan rahsia orang dilarang Allah seperti di dalam firman-Nya bermaksud,
“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain”. _Surah al-Hujurat, ayat 12.
Sesiapa yang menyebarkan berita berbentuk cacian dan kejian, kecelakaan besar bakal diterima sebagai balasan. Allah berfirman,
 “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” – (Surah al-Humazah, ayat pertama).
MasyaAllah, beratnya balasan yang akan diterima seseorang akan apa yang dibawanya. Ketahuilah sahabat, kehidupan hanya sementara, mampu memberikan kesan kesengsaraan yang berlipat kali ganda di akhirat kelak kerana sifat mulut yang berbicara. Ketahuilah tiap apa yang kamu lakukan ada balasannya, janganlah sesekali menyakiti hati seseorang biarpun dia menyakiti kamu. Fitnah yang dibawa seseorang mampu menjatuhkan maruah diri yang tertudah di dunia dan diri kamu di akhirat kelak. Jadi buat kita apa bila didengarkan akan sesuatu hal dan pekara mahupun berita, periksalah akan kesasihannya.
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].




No comments: