Rindu Seruan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Aku bagaikan biru laut
Yang hanya mengikut nasib bila dipukul angin
Ada masanya aku menenangkan
Ada masanya aku mampu membawa kecelakaan pada dataran pantai yang indah

Aku seperti tercari-cari
Mana diriku sendiri
Aku kadang kala bingung
Kenapa aku tidak mampu menetapkan hati

Saat ini terasa rindu
Pada diri sendiri yang sebelum ini
Tertutup ayu
Yang melahirkan tingginya rasa malu.
Rasa malu yang bukan dibuat-buat
Namun lahirnya ia sendiri yang tidak mampu untuk diungkapkan hati.

Mimpi lalu bagai bermain-main di fikiranku
Jika dikabar terasa seperti menipu
Jika dipendam,
terasa mahu berkongsi meluahkan apa yang menjadikan aku seperti terkelu.

Sungguh aku rindu
Tapi masih berperang dengan naluri sendiri serta pandangan manusia sekeliling
Tidak mahu aku biarkan mereka seperti terasing
Tidak mahu aku membuatkan mereka seperti sersisih
Tidak..

Mahu aku katakan ini aku yang seperti dulu
Yang masih nakal
Yang masih manja
Pada kalian.
Cuma bantu aku untuk mencari diri sendiri
Identiti sendiri yang mendekatkan aku,
dan kita
pada Pencipta.

Cuma berharap dan berdoa,
Sampai satu saat tiada bicara-bicara pedih yang bertanya
Tiada suara-suara lunak yang mengata
Moga tika itu aku ikhlas,
aku redho
bukan kerana manusia
namun kerana Allah SWT

Pencipta yang hakiki dan abadi…

No comments: