kata hati

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Kaki ini melangkah dan terus melangkah
entah ke arah mana hendak dituju, adakah ke sana atau ke sana.
dua pilihan yang bagaikan seratus pilihan jalan buat hamba.
Lidah terpaku, Mata terpejam bagai menandakan diri ini lelah untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya.
bagai terlipat kedudukan hamba, bagai terpaku kaki hampa terpacak di situ.

Sifat hati yang selalu benat bertanya akan di atas iaitu fikiran apa yang harus kita lakukan untuk kali ini,
sunggu benar, tiada jawapannya. yang hamba tahu, mahu hamba pejamkan mata dan tidur untuk selamanya.
Adakah itu ketenangan, entah...tiada hamba tahu.

Diri masih mencari jawapan dan jalan ketenangan yang seterusnya, hamba temui jalannya..
tapi hamba ragu akan jalan itu, hamba ragu....
apakah benar jalan itu, semudah itu masanya tiba, mengapa terlalu pantas hamba rasakan....
berjuta persoalan yang dapat disemburkan dalam hati yang bagaikan masih bersisa lukanya.

Harapan menggunung, adakah mampu menjadi realiti kehidupan...
hamba cuba aturnya, atur agar ia tidak kembali menjadi yang keduanya,
sakitnya amatlah menjerat, sangat terhiris jadinya...

Namun akan hamba laluinya dengan rasa yang ada,
akan hamba cuba laluinya lagi untuk kali keduanya,
moga ada yang terbaik atas apa yang telah berlaku...

No comments: