luahan


Kenangan lama jangan dikenang, itu yang hamba sedang berusaha untuk lakukan. Tapi sakitnya hanya insan-insan tertentu sahaja yang akan dapat merasainya. Kehidupan yang sememangnya telah diatur, hanya kita sahaja yang perlu laluinya dengan berusaha untuk menjadikan ia lebih baik atau sebaliknya. Sakit rasanya, Seksa untuk mempertahankan ia lebih lama lagi. Kehidupan sekarang entah apa yang dapat disimpulkan, adakah ujian atau ketentuan, semuanya pertanyaan yang bagaikan tiada jawaapan. Luahan hati dan perasaan, bagai itu yang termampu dalam diam. Tiada kata, tiada nada lagi untuk diperdengarkan. Semuanya kini, dilalui dalam diam dan kesepian sendiri, tiada yang tahu, dan sememangnya tiada yang peduli.

Rasanya bagai mahu berlari jauh.. jauh dari segalanya... dan dari semua..Tiada apa lagi yang tinggal kini , kecuali kenangan. Pesan akak, jangan lihat lagi kenangan lalu. Itu sangat menyakitkan dan menyedihkan.. Benar, semuanya juga tiada kebaikan lagi kerana semuanya hanya tinggal kenangan semata-mata yang tidak akan mampu diubahkannya lagi..

tiada kata yang mampu diluahkan lagi.......................................

No comments: