kesakitan hari ini

hari ini bagai sejuta taburan batu terhempas bertaburan jatuh ke atas kepala
menjadikan diri terasa beban yang teramat sakit.
Fikiran buntu... hati tertanya... apakah sebenarnya yang aku lalui ini,
apakah sebenarnya yang aku telah lakukan sebelum ini,
adakah aku ikhlas atas segala tindakan aku dahulu yang kini mengapa bagaikan membawa beban kepada diri aku sendiri. Ya Allah... aku benar-benar merasakan kebuntuan yang teramat sangat. Apa yang harus aku lakukan Ya Allah... Bagaimana harus aku selesaikan semua ini. Mengapa tekanan yang mereka berikan kepada ku walaupun bagi mereka itu hanya tanggujawab mereka yang mereka katakan ambik berat akan aku. Tapi mengapa... mengapa bagaikan tekanan kepada ku???

Mahu sahaja aku berlari jauh dari sini. Aku mahu pergi jauh...jauh dari mereka semua, jauh dari sini.
Sungguh aku akui aku tidak dapat menanggung lagi semua beban ini, aku bukan mahu lari... tidak sesekali, cuma aku inginkan ketenangan sebentar tanpa memikirkan semua ini. Berat sangat... tersangat beban yang aku rasai. Mereka hanya mampu berkata-kata.. tapi siksanya aku yang rasai. Itulah manusia yang manis dalam berkata-kata. Fikiranku sentiasa berputar kini, tapi entah apa yang aku fikirkan, aku sendiri tidak dapat menangkap apa yang aku sedang fikirkan. Hanya satu yang aku rasakan saat ini, aku mahu menangis...menangis sepuasnya..sepuas-puasnya....!!

Ya Allah... kuatkanlah hamba.... berilah ketenangan buat hamba... lapangkanlah dada hamba... berilah hamba petunjuk jalan bagi melalui semua ini dengan lancarnya...dan permudahkanlah segala urusan hamba...

No comments: