rasa hati

Jika dulu aku menangis kerana seorang insan,
entah kini adakah ia akan berulang lagi ?
aku berusaha melupakan apa yang telah berlaku dulu,
berusaha dan terus berusaha tapi... langkahnya kadang-kala terhenti seketika.
rasa sakit mula merayap ke sanubari jiwa.

Perlahan aku bertahan...
Perlahan aku azamkan
segalannya yang terbaru dan sempurna,
tapi...entah mengapa kenangan dahulu akan menerajui jiwa sendiri..

Aku mencari dan terus mencari
semangat yang hilang entah diragut siapa,

Langkah dan terus melangkah
kerana di hadapan sana yang ku pasti
ada cahaya jawapannya....

No comments: