air mata

Pertemuan dan Perpisahan adalah lumrah dalam kehidupan kita sebagai manusia bukan,
Kadang-kala tanpa sedar kita dipertemukan dengan seseorang yang salah agar kita mampu memperbaikai kelemahan yang ada dan melengkapkan segala kekurangan yang ada kerana Allah....
Aku terpaku... segala yang terjadi . Mengajar aku, membuatkan aku kenal akan keadaan disekeliling aku,
Aku akui... kadang-kala aku rasakan aku tidak mampu untuk melalui semua ini,
Bagaikan cubaan yang terhebat daripada Allah s.w.t kepada aku.
Namun aku lupa... akan ujian yang di datangkan kepada aku hanya dedebu dugaan sahaja, tidak setanding dugaan insan agung lain.

Dugaan.... engkau hadir membawa erti yang besar buat ku,
engkau ingatkan aku akan erti sebuah ikatan. Di sini aku bukan mahu membicarakan ikatan rasa cinta, namun kesemuanya ikatan yang ada dan wujud dalam kehidupan kita sebagai insan yang tidak sempurna.
Malam ini, seseorang insan telah memecahkan lamunan hayalan aku,
dia sedarkan lamunan panjang aku dari sekian lamanya... kakak SITI HAWALIAH DARMANSAH....
Terima kasih kakak, permulaan hidup aku di dunia ini, engkau banyak mengajar aku akan cara dan ringtangan yang harus aku lalui saat aku berada di sini...
Engkau membuat air mata ku mengalir... agar aku tahu dan kenal akan ikatan persaudaraan dan kasih sayang,
Engkau sedarkan aku daripada melakukan kesalahan yang berulang kali yang sememangnya akan menyakitkan diri aku sendiri.

Dalam hidup ini, hargailah setiap insan yang hadir dalam diri kita,
walaubagaimana dia, cuba dan faham dia....
Kerana tanpa kita sedar, setiap yang datang seketika itu terlalu bererti buat diri kita,
jangan kita kehilangan dirinya buat kali ke dua.. kerana jika masuk yang ke tiga, semuanya tiada guna lagi.
Bergitulah putaran kehidupan duniawi, kadang-kala kita di atas dan kadang-kala kita di bawah....
Perjalanan yang masih jauh, berbagai dugaan di hadapan sana, dan bermacam dugaan dari segikehilangan yang akan kita rasai di depan perjalanan kita,..
Satu yang ku mohon... semoga setiap orang diantara kita akan dapat melaluinya dengan tabah di suatu hari nanti,apabila tiba saatnya nanti......

setiap titisan air mata bagaikan terluah perasaan....

No comments: