harapan impian

Dalam kelam, aku melangkah
hanya rasa telapak kaki yang menjejak
hati tertanya-tanya tanpa henti
apakah yang akan ku rasai di hadapan setiap inci langkah dan jejak ku...

Bagai rasa mata hati  tertutup rapat
tiada tempat untuk bergantung,
susah ku rasa di hati ini...
namun harus aku gagahkan juga langkah ini.

Aku terdiam setiap langkah
kerna tertanya dengan berjuta persoalan
akan apa yang akan berlaku ketika dan selepas  itu...
berjuta jawapan yang dinanti tiada jawapan.

Hidup dalam kegelapan ,
apakah mampu kita lalui dengan ketenangan?
jawapan yang pasti..adalah tidak.
kerna aku hanya seorang hamba hina ...

Aku cuba nyalakan umbun kecil api
nyala hanya sekadar syarat,namun...
mampu memperlihatkan akan hak abadi sekeliling,
yang mungkin berubah kerana faktor suratan...

Aku melangkah dengan nyalaan cahaya ini,
melangkah dengan sejuta harapan,
harapan baru yang ku bawa dengan hadir kekuatan semalam,
semoga esok aku mampu meraih sejuta kejayaan dan ketenangan bersama harapan dan azam yang baru......

~~~~Amin.....

Harapan yang menggunung ku nyalakan ...

No comments: