tiada gantian perasaan

Aku kembali sendirian saat ini,.. memikirkan pengakhiran ceritera...
Ligat berfikir akal diingatan, mencari akan jawapan yang pasti...
Aku merenung jauh, sejauhnya.. sejauh dalam mata hati.
Aku meniti setiap inci pancar indra  alam, tiada ku lepaskan pandangan ini,
Aku melihat Nikmat Tuhan yang tiada pernah terhenti atas segala yang ada...
Dalam diam, aku terus membisu tanpa kata seucap soal pun,
Aku bagai terpana akan apa yang telah berlaku
Bergetar hati nurani aku tanpa sebarang bicara lagi.
Semuanya bagai sepantas kilat, bagai tidak terasa yang dirasai dan bagai tiada kata ucap yang dihayati lagi...

Aku tersandar di rimbun ara berimbun tenang,
memejamkan mata tanpa merunsingkan akan apa di pendengaran
terus mencemkam hati kecil tanpa memperdengarkan kesakitan hati yang tersiksa.
Hati menangis...
Meraunag buat sekian kalinya,..
Tiada ungkapan yang mampu diucapkan lagi andai ada hati yang singgah bertanya,
sudah cukup untuk akan apa yang pernah dirasai sebelum ini
dan kini, sudah tiada lagi pusingan buat roda aliran perasaan ini.

Langkah longlai menyusuri denai aliran nadi alam
meniti setiap jalan di hadapan takdir,..
Mata redup... Memandang kehadapan tanpa rasa gemuruh lagi
bagai sudah tiada pengharapan lagi untuk melangkah gagah
Hilangnya semua yang ada, bagai tiada gantinya lagi...
deruan angin meniup...
bagai menolak untuk aku terus melangkah lagi dengan setegar kekuatannya.
Namun maaf... sudah tiada lagi keinginan akan semua ini,
bagai mahu membiarkan segala rasa ini begini, agar akan aku terus ingat akan sejarah lalu,
kerana semua ini tanda yang aku masih tetap akan janji aku yang setidak tebal janji palsunya...

Dalam kehidupan, kita kadangkala mungkin tersalah langkah... namun, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Ujian yang datang bukan sebagai bala, namun sebagai ujian Tuhan kepada kita bahawa itu sebagai tanda yang kita dikasihiNya. Duniawi sentiada bermain dengan perasaan hati, kadangkala kita bagai tiada arah untuk ditundingkan akan apa yang kita rasa. Dalam hati , biar sekejam mana dia, ingatlah.. dia juga manusia yang punya hati dan perasaan.. Suatu hari nanti akan dia sedar akan apa salah dan dugaan yang dia telah berikan pada seseorang yang pernah menyayanginya sepenuh hati kerana Allah s.w.t....

No comments: