hari ini sudah cukup setahun buat kita

Tanpa aku sedar,.. hatiku terpaut pada nota kecil di dinding ilmu, aku bagai terpaku.. terpaku dengan apa yang aku lihat, sebuah nota kecil yang ku catatkan tahun lalu bagi ku ingati saat dan detik itu. Itulah saat aku pergi ke sesuatu tempat yang belum pernah aku singgah dalam kamus hidup ku. Tempat itu juga ,tempat yang tanda untuk aku jejaki dengan seorang insan yang sehingga kini tiada gantinya. namun dalam sedar aku mengaku, kini semuanya hanya tinggal kenangan. Bagai tebang pergi semua angan-angan yang lalu, kerana detik hitam malam itu. Malam yang menjadi pemutus jarak antara kami.... Maafkan aku, tiada niat di hati ini akan keputusan itu. Namun... dirimu juga yang bagaikan punca semuanya, aku mohon maaf.. Bukan aku mahu menuduh dan menunding jari pada kamu, namun... itulah bukti.. yang sekarang terungkap satu persatu. Apakah salah aku, adakah dosa aku... namun mengapa.... mengapa engkau sanggup melakukan semua ini, adakah terlalu susah untuk engkau berterus ternag kepada aku. Pertanyaan ini biar aku ulang sejuta kali ia akan tetap sama... Soalan yang tidak akan pernah ada jawapan.
Aku tunduk menyusun sepulah jari memohon kemaafan.. maaf.. sejujur ku katakan, aku tidak mampu melupakan kamu. Namun... satu persatu Allah tunjuk kan kepada aku kini,.. Ia sudah cukup buat ku terseksa, tersa dengan diri mu. Jika benar engkau menerima ku kerana kasihan atas diriku yang kau lihat sayang akan dirimu, mengapa engkau tidak berlaku jujur? biar aku sakit seketika berbanding sekarang dan mungkin selamanya aku akan begini hidup dalam alam kenangan yang bukan seperti dirimu hidup dalam alam yang realiti lagi nyata. Hidup aku kini hanya mengenjar dari belakang kamu, aku turuti setiap langkah mu tanpa kau sedar, jika suatu hari nanti engkau datang kepada aku, seluas depa aku menyambut diri mu kembali. Ingatlah... aku di sini setia dengan janji ku.. sumpah mati ku yang lalu masih hijau menyala. Janji aku masih ku pegang, takdir dipertengahan jalan ku, Allah telah makbulkan... Namun takdir antara kita mungkin hanya sampai di situ, dan telah menghancurkan segala harapan aku yang benar dan tulus atas segalanya kepada kamu.

Hadiah yang terdetik di hati itu, kuat nadiku rasakan itu adalah yang pertama dan terakhir......Yaa.. Benar, detik kata hati kecil aku selalu benar. hati kecil tidak akan pernah menipu, ia tidak seperti hati besar. Aku masih terfikir, adakah engkau masih menggunakan apa yang aku berikan itu? seperti pemberian daripada mu kepada aku, yang setiap malam sehingga kini aku dakap dan aku peluk erat. Tidur dalam kenangan lalu, yang sentiasa buatkan aku menangis tanpa sendu. Sudah tiada bunyi yang mampu ku suarakan, seperti mana juga bicara bibir ku yang bagaikan telah lenyap... Sudah tiada kerna aku tahu diri ku pada kamu sudah kau buang berjuta batu yang terlalu jauh daripada kamu. Pernah ia terluka , aku jahitkan kembali hadiah pemberian mu itu, tanda yang aku gunakan ia sebaik mungkin aku manfaatkan ia, bukan aku merosakkan ia. Jika benar, mengapa aku tidak merasakan apa yang kau rasa pada  aku?? jika engkau menbenci aku, mengapa tiada rasa itu pada aku kepada kamu?? biarlah kita rasa yang sama, agar tiada seorang daripada kita yang akan terseksa meniti kehidupan sendiri dalam kenangan yang lalu dan realiti yang hanya membuatkan tangisan dalam hati.

Aku telah cuba... cuba untuk melupakan kamu, namun... Maaf... sejujurnya aku katakan, aku tidak mampu melupakan kamu, biar malam itu engkau diteguri seorang insan yang ku gelar kakak, ayat yang engkau lakarkan buatnya sudah cukup membuat aku terdiam sepi... kata-kata kamu sudah cukup buat aku lari menyepikan diri, terkurup dalam gelap malam sendiri... hitamnya aku apabila berada dengan kamu kini, sudah lenyap semua kenangan lalu antara kita buat kamu. Aku hanya mampu menghelakan nafas panjang.... sudah tiada bicara yang mampu aku ucapkan dengan kata-kata, yang aku mampu luahkan hanya dengan bicara hati.

Kini...aku akan melangkah pergi..... dan cuba fahami putaran dunia ini akan segala takdir yang telah ditetapkan. Tiada apa yang dapat aku pertahankan lagi selain berserah segala-galanya kepada yang Maha Kuasa. Hanya dia yang tahu apa yang aku rasa, meski kau lihat luaran ku tersenyum... tertawa.... itulah cara aku menipu semuanya yang ada disekeliling aku. Jika siapa sedar, aku kadang-kala terbuai dengan alam... terpaku apabila melihat akan sesuatu, itulah tanda saat aku terlalai memikirkan hati aku sendiri......

Ingatlah......,

Andai suatu hari nanti, engkau terfikir akan aku,....bangun...dan lihatlah laut di sana yang terbentang luas. Di situ aku telah lakarkan secara maya semua memori kita, tiada apa yang aku tinggalkan dan bawa bersama aku, semuanya aku tinggalkan di situ. Mungkin saat engkau fikirkan aku, mungkin waktu itu aku di alam yang lain, di kehidupan yang lain atau di satu situasi yang lain yang engkau sememangnya sudah tidak wujud dalam fikiran aku, yang mungkin saat itu engkau sudah tiada di sini... dihatiku....... Saat itu, pejamkan mata kamu, fikirkanlah apa yang telah kita lalui bersama, apa pengorbanan aku yang engkau tidak tahu, carilah ia.. di dalam diari aku. setiap hari selama perkenalan kita, aku menulis dan melakar segalanya di situ. Carilah diari itu, ketahuilah apa yang aku rasakan sepanjang perhubungan kita. Selamilah apa yang aku rasai dahulu yang tidak engkau pernah tahu.... Apa yang aku rasa, yang aku alami... semua itu yang membuatkan cinta aku pada kamu teguh, rasa pada kamu yang tidak akan pernah ada gantinya.........

"Cinta tak bermaksud mesti mengaku cinta, Tanpa kata-kata cinta adalah cinta.Cinta adalah pengorbanan, cinta adalah kejujuran antara satu sama lain. Cinta tak bermaksud mesti mendapatkan cinta, kerana cinta adalah untuk kebahagiaan orang lain dengan mengorbankan kebahagiaan sendiri...."

No comments: