Teman

Aku tertanya sendiri, mencari jawapan yang sangat pasti. Namun baga samar-samar pengertian ini buat aku.
Aku bukan mahu mengelak, apatah lagi berlari dari semua ini, namun aku terasa, tersinggung dengan mereka.
Bukan aku mahu menunding jari kepada sesiapa, namun cubalah mengerti, apa yang aku alami. Hanya itu yang au pinta. Tidakkah mampu kamu laksanakan semua itu tanpa aku? mengapa mesti melibatkan aku, mengharapkan aku sedangkan kamu sambil lewa hayal dengan keseronokkan duniawi mu. Fahamilah aku, jangan engkau menyerahkan segalanya kepada aku. Kini mengapa semua kesalahan engkau letakkan ia di bahu ku? sedangkan jika engkau pandang dengan mata hati, engkau secara lumrahnya melihat kelemahan diri aku saat itu menghadapi dugaan yang bagai tidak mampu aku lalui saat itu.

Aku bukan menyalahkan dikau, namun... Bantulah aku, Cuba fahami apa yang aku rasa. Apa yang aku hadapi ketika itu. Mengapa engkau bagai menghancurkan aku dalam diam? aku mengharapkan engkau membantu aku, dan au membantu diri mu. namun mengapa.... mengapa.... engkau menikam aku dari belakang??? engkau membawa aku ke arah kehancuran. Aku bagai tidak percaya, engkau sanggup melakukan semua ini kepada aku. Mengapa engkau berikan aku kepada jalan kegagalan....? aku mahukan kejayaan bersama-sama engkau yang ku anggap kawan di sini yang mampu membantu antara satu sama lain. Ahhh... au tersilap agaknya memilih dan terlalau memberi muka bukan ? entah apa yang boleh aku katakan lagi kepada engkau, hati aku dah terlalu sakit dengan apa yang telah berlaku. Dalam diam engkau menikam aku, namun secara terang aku membantu mu dalam setiap sudut, aku cuba walaupun kadang-kala aku rasakan aku tidak mampu.

Aku bukan mahu menyalahkan engkau, bukan.. tidak sama sekali wahai kawan.. cuma di sini aku hanya meluahkan apa yang aku pendam selama ini,. Sudah terlalu lama, terlalu... hingga aku rasakan aku tidak mampu melihat wajah engkau lagi. Engkau mampu lakuan bukan? namun tidak bagi aku. Aku hanya minta engkau hormati perhubunagn kita teman, hormati aku sebagai orang yang dekat dengan engkau di sini. bantulah aku dalam kekuranagn aku , dan jangan engkau menikam aku lagi, cukuplah, apa yang telah engkau lakukan sebelum ini yang akan mencemarkan sejarah aku.

Bersabarlah duhai hati...

No comments: