Istilah Cinta

Tuhan kadang-kadang jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita .Oleh itu , BERHENTILAH MENGEJARNYA , mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita . Dengan memaafkan dan melupakan kisah silam itu , insyaallah kita dapat mengecapi kebahagiaan yg selama ini kita tidak perolehi .

PESAN PADA DIRI , Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi .
Pada insan yang tak mengerti , Kerana sekali kau memberi selamanya dia di HATI . Kerana sekali kau dilukai sampai bila-bila tetap kau ingatI .
PESAN LAGI PADA DIRI , hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI .



Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat...
 Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman...
 Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya...
 Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati...
 Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu...
 Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya...
 Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memeberi erti yang nyata..................

2 comments:

Original CikTeddy said...

meaningful entry..Alhamdulillah..dpt ilmu baru :)

si_mone said...

:) terima kasih kerana ke sini...sama-sama kita manfaatkan apa yang telah ditakdirkan bt kita..:)