kesulitan

Mencari kehidupan yang bermakna, perlu bermula dari mulanya. Sujud dengan penuh kehambaan dan keinsafan, ketenangan yang akan engkau rasai. Pernah dulu, aku jahil dengan agama, namun rahmat dan ketenangan serta kesenangan hidup buat aku sedar dan mengerti, apa yang diberi bukan kerana diri aku namun kerana Allah s.w.t. mahu aku sedar akan kehidupan sementara ini.

Teman...
Andai suatu saat engkau diuju dengan kehilanagn dan kekurangan , jangan engkau kesali atau engkau tangiskan akan kesemua kekurangan itu. Adakah engkau sedar, jka engkau diberi kelebihan seperti yang mereka ada,adakah engkau akan berfikir dan bersyukur? Jawablah sendiri pertanyaan itu.

Dalam kehidupan kita, apabila engkau ditimpa musibah, berdoalah sesungguhnya, semoga Allah s.w.t membei engkau ketenangan bagi melalui semua ini dengan muhasabahnya. Teman... ujian yang dihadapkan kepada kita, bukan untuk menyusahkan apatah lagi bagi memusnahkan harapan atau keinginan kita. Setiap ujian yang didatangkan pada kita, merupakan ujian buat kita. Setiap ujian itu didatangkan oleh Allah kepada kita jika kita mampu melaluinya. Tidak akan pernah ada ujian yang didatangkan tanpa kita mampu mehadapinya.

Sahabat...
Adakah engkau pernah tefikir, terfikir akan kekuranagn insan lain yang tidak mampu melalui kehidupan ini seperti kita jalani. Pernahkah engkau terfikir akan susah yang mereka alami?adakah engkau rasakan kesusahan yang engkau alami itu berat? bergaullah sahabat,bergaul dengan insan-insan yang serba kekuranagan. Selepas itu, engkau akan tahu, bertapa sedikitnya ujian yang diberikan kepada engkau....

Sahabat....
Jika suatu saat nanti,dihadapan mu, sahabat atau orang yang engkau kasihi sedang menangis kerana musibah yang dihadapi , dakaplah dia... tenangkanlah dia dengan kata semangat dan kata-kata kekuatan. Dia tidak akan menangis dihadapan mu...andai apa yang ditanggung olehnya dia mampu melalui seorang diri....

sahabat...
Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya...


Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu...

No comments: