terima kasih

Awan gebu bagai berpecah dalam kelompok yang tersendiri, berlatarkan langit yang jauh di sana berwarna biru. Terang dan tenang disamping angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nyaman... Berlatarkan sebatang pokok rimbun, aku berteduh. Terbaring tanpa kata menatap ciptaan Tuhan yang tiada tandingan. Aku hanya mampu melihat dan memuji.... Apabila tibanya di dini hari, aku menjadi bisu di malam sepi yang penuh dingin. Aku menjadi bisu, bagai hilang diri aku yang sebenarnya. Aku mencari siapa aku sebenarnya... tapi aku bagaikan buntu, tiada jawapan yang aku dapat wujudkan atau peroleh bagi kebenaran dan pertanyaan ini. Entah... mengapa setiap saat bila diri sendiri, berjuta persoalan... kisah silam bermain-main di depan mata. Menjadikan aku bagaikan tidak bahagia dan merasa kesedihan yang lalu yang bagaikan tidak pernah sudah.

Adakah masih di alam mimpi yang lalu.......??
aku rasakan mungkin... aku masih dengan mimpi yang dulu. Aku akui, andai terus begini aku mungkin tidak akan pernah rasa bahagia. Bila sendiri, aku bagaikan seseorang yang bagaikan kehilangan, menangis mungkin. Menangis bagai tiada punca. Aku rasakan sakit yang entah siapa pernah rasainya. Bila aku sendiri, tiada senyuman dan gelak tawa lagi. Itulah dunia aku yang sebenarnya... yang tiada siapa tahu.

Aku hidup bagai dalam sebuah permainan perasaan dan tipu muslihat. di samping insan-insan sekeliling ,aku bagai penghibur yang kadang-kala bagai memperbodohkan diri sendiri untuk melihat senyuman dan gelak tawa mereka yang aku kasihi. Aku puas dan aku bahagia melihat tertawa mereka.Itu semangat aku untuk terus rasa bahagia dan gembira bila bersama mereka. Itu kebahagiaan aku untuk aku lalui hari- hari aku.

Aku bahagia bila ada mereka, mereka insan-insan yang sentiasa memberi aku kekuatan dan semangat untuk aku meneruskan hari aku, kejayaan dan cita-cita aku... Alhamdulillah, walaupun aku tidak dianugerahkan insan yang kaya dengan wang yang berjuta, rumah yang bagaikan istana, rupa yang cantik segak bergaya... aku bersyukur, kerana mereka lebih indah dan cantik daripada itu.... mereka kekuatan aku untuk aku meneruskan langkah ku... Terima kasih kepada mereka kerana ada bersama aku walau dalam apa jua keadaan aku.... :')









No comments: