Bersabarlah sayang

Salam redup pagi jumaat yang mendamaikan....
Aku bangun pagi ini dari kematian semalam, terasa hidup yang cukup mendamaikan... bagai penuh kenikmatan, dan ketenangan yang mungkin tidak dirasai oleh segolongan yang lain. Anugerah Pencipta yang maha kuasa, bagai aku mahu keadaan ini terus menerus bersama aku, namun aku sedar aku tidak akan rasai ia sepanjang waktu dan hidup ku. Setiap masa dan setiap hari ia akan sentiasa berubah mengikuti aliran arus putaran roda kehidupan. Begitu juga kehidupan kita yang sentiasa turun naik yang membuatkan kadang-kala kita tidak sedar akan semua perubahan itu.

Sentiasa aku katakan , tentang kehidupan.. kehidupan dan kehidupan... Tidak aku jemu mengulangi segala ceritera kehidupan, kerana dalam kehidupan aku dan kita mengenal apa itu tentang kenikmatan, dan keselesaan yang kita miliki kini. Namun dalam kesyukuran, pernah aku duduk mengelamaun, meraba pemikiran aku agar bergerak lebih jauh. Pernah aku terfikir, andai kisah ceritera aku tidak bertahan seperti yang aku harapkan, andai perjalanan kehidupan aku terdetik berhenti di pertengahan jalan ini, apakah mampu aku melihat kebahagiaan insan-insan yang aku kasihi dari kejauhan di atas sana. Perasaan itu pernah aku ungkapkan beberapakali dalam benap ku.

JIka suatu saat nanti, aku pergi... aku berharap, mereka-mereka yang aku kasihi bahagia, tersenyum manis dalam kebahagiaan yang mungkin mereka tidak pernah rasai selama ini. Aku kenal mereka, terlalu hebat ujian untuk diri mereka, namun kadang-kala aku tertanya di mana kekuatan yang mereka miliki bagi meneruskan kehidupan ini walaupun dalam ujian yang berat mereka masih lagi mampu tersenyum, tertawa sembunyikan ujian yang ditanggung dan membahagiakan insan-insan lain... Pernah aku melihat kegembiraan seorang insan apabila dia bersama insan lain, dan apabila dia sendiri, dia menangis sudah tanpa tersendu, kerana ujian yang sedang dia lalui sekarang. Semua tentangnya membuatkan aku sendiri mengalirkan air mata, beratnya ujian kepada dirinya yang bagaikan ditanggung seorang diri. Sentiasa memikirkan tentang insan lain , dan mengorbankan diri sendiri. Dia insan yang hebat... yang pernah aku kenali selepas ibu dan ayahku yang tercinta.

Sayang... bersabarlah duhai hati itu, janji Allah s.w.t itu benar... Kamu akan mendapat kebahagiaan kamu sayang. Semua itu akan tertebus juga kelak. Aku melihat kesakitan kamu, aku bagai rasai kepedihan itu, namun aku akui, ia tidak sesakit kamu yang menanggung dan merasainya. Engkau lalui kehidupan ini dari kecilmu penuh dengan dugaan, namun apabila engkau dewasa, semua itu menjadikan engkau seorang yang matang dan kuat. Namun, itulah hati seorang insan, sekuat mana dia,kadang-kala dia tidak mampu menanggung kesakitan itu seorang diri,dia akan tetap menangis. Namun dalam tangisan yang sudah tiada sendu lagi... Aku lihat kehebatan dirimu yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t dalam diri kamu, bersabarlah sayang... Hidup kamu akan berubah kelak,.. Teruskan kesabaranmu itu sayang... Kebahagiaan sudah tersimpan untuk kamu dihadapan putaran kehidupan kelak........

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi..."
" Sahabat...Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis..."



No comments: