kita itu punya tafsiran berbeza


Aku terburu menyidai kain di ampaian lebarku, terpandang pula akan awan merah di atas sana. Aku terlihat kepulan dan tompok-tompok awan merah,dalam hati terdetik, mahu hujan agaknya. Dulu semasa di kampung, apabila sedang berehat dari keletihan bermain disamping nenek tersayang, dia akn berkata sambil melihat kepulan awan hitam bercampur kemerah-merahan, "malam nie mahu hujan lebat nie.." ,katannya. Kata-kata itu yang ku ingat ketika aku melihat kepulan awan merah itu. Aku terlihat dua bintang kerkedip-kedip menandakan dia sedang bernyawa panas di atas sana.

Tanpa sedar Terlintas seorang teman ku, lalu dia sempat bertenget di situ menemani aku menyelesaikan pekerjaan aku. Dalam sedar aku bertanya kepadanya, " engkau lihat awam di atas sana? apa yang kau nampak ? " aku menyoal bagi menghilangkan kekeluan antara kami yang bagi ku bagai sepi dalam dingin embun malam sunyi. Dia berkata bagi menjawab pertanyaan aku yang  dia tahu bagai saja ditanya.. " aku nampak macam beruang la yang di tepi tu..." katanya.

Aku terhenti seketika dari meneruskan hajat aku, aku mendongak dan melihat terus ke atas sana, "aku melihat bagaikan ada seekor singa yang sedang mengganas, dengan mulutnya yang terbuka luas menandakan dia sedang mara ke hadapan dengan bunyi yang bagaikan nyiring sekali" . Aku menunjuk lagi di sebelah sana, awan yang kelihatan kemerah-merahan bertompokkan bintang dua yang menyinar, aku katakan lagi "aku lihat di situ bagaikan seeokor haiwan yang dalam kemarahan bagai berlawanan dengan seekor lagi yang tadinya".

Temanku melihat aku... kami berpandangan antara satu sama lain, lalu kedua-duanya ketawa. Tanpa berkata apa-apa, Dia terus pergi lalu meninggalkan aku yang masing di situ dengan kedua-duanya masing tersenyum dengan andaian dan tekaan masing-masing. Aku melihat dia terus berlalu pergi sehingga hilang dari bayangku, lalu aku tersedar dan terus menyiapkan kerja aku di ampaian itu. Dalam itu, Aku terus melihat di atas sana, cantik dengan adanya ciptaan Allah yang berkilau tanpa henti itu,.. Aku terus membuat andaian sendiri, dalam hidup kita, kita semua punyai andaian yang tersendiri. Walaupun pada sesuatu yang sama sekalipun, kadangkala jangkaan kita semua tidak serupa.
 
Bergitu juga dalam kehidupan kita...  hee... kehidupan lagi yang aku ceritakan yaa, maaf andai korang dah bosan dengan cerita aku  heeheee.. gatai sekejapp.. Dalam kehidupan kita, kadang-kadang kita membuat andaian, yang kadangkala ia negatif dan boleh juga ia menjadi positif. Tapi adakah kita sedar, kita selalunya membuat andaian yang negatif lumrahnya, benar atau tidak ? bagi aku benar, sebab aku juga melakukan ia. Sedar tidak sedar jika kita ikutkan kata hati kecil ada baiknya pada sesetengah pekara dan tidak pada sesetengah pekara lagi. Kerana bagi aku, hati kecil tidak akan pernah menipu. Dan itu benar sekali. Bagi aku laa na.

Kesimpulan aku di sini, Hidup ini penuh dengan tanda tanya, kita mampu membayangkan, mencuba, dan mengubah akan sesuatu pekara yang kita tahu, namun... berhati-hatilah, tidak semua andaian kita, kata hati kita, cara kita dan usaha kita adalah benar. Kita perlukan pertunjuk, dan ilmu bagi sesuatu yang baru dan yang kita tidak tahu. Jadi, usahakanlah mencari ilmu dan pengetahuan dalam apa sahaja yang kamu ingin dan mahukan, cari kata noktahnya, jangan cepat atau terus berputus asa, andai sesuatu yang kamu mahukan terhenti atau dihadirkan ujian dipertengahan usaha mu itu. Aku tahu mungkin lari jauh dari cerita tadi, tetapi ini yang terkeluar dari otak aku, heee...

No comments: