Jangan di ikuti kehancuran sebaliknya bawa ia menjadi kebahagiaan

Dalam kehidupan kita, kadang-kala kita pernah menangis kerana kegagalan dalam mengenal apa itu makna hati dan perasaan kita sendiri. Pernah kita ggal dalam mengatur rasa hati perasaan sendiri sehinggakan kadang-kalarasa itu mampu diubah dan dikawal oleh insan lain. Hebatkah kamu rasa jika rasa hati kita mampu dikawal insan lain yang tidak layak sebenarnya mengawalnya? Dia mampu mengubah rasa hati kita pada kehendaknya sedangkan kehendak kita dibiar dan dilupakan sebegitu mudah sahaja. Mampukah kita membiarkan semua ini dalam kehidupan kita. Tepu dada tanya dada anda yang sememang yang dikatakan penuh dengan ketulusan itu.

Kita pernah memasang keinginan untuk kehidupan kita sendiri merasai apa yang kita mahu, Namun mengapa dengan mudah kita selalu lalai mengawalnya apabila tiba orang yang kedua dalam diri kita. Mudahnya kita membiarkan dia mengawal kehendak kita. Mahukah kita menangis selalu kerana kekesalan atas apa yang berlaku.
KIta sebenarnya mampu melawan akan semua itu, cuma hati kita tidak kuat dengan benteng iman. Andai hati kita mempunyai keimanan yang utuh, percayalah kita akan mampu mengawal kehendak hati kita dan kehendak hati serta nafsu orang lain dari terus berleluasa dalam diri kita.

Bangunlah teman, bangunlah sahabat, Dunia ini adalah pentas permainan kita untuk mencari para lakonan yang terbaik dan terhina. Akan terhina dikau jika engkau terus melayani arus godaan syaitan durjana yang sememangnya inginkan anak cucu adam lalai dengan permainan dan usikannya. Namun, berbanggalah kamu andai diri mu tidak terlewat memperhambakan diri kepada Allah s.w.t. dengan penuh rasa keinsafan dan kekesalan atas segala dosa dan perilaku jelit yang telah kita lakukan sepanjang kita bermain di pentas dunia yang penuh dengan tipu muslihat.
Hapuskan kawalan insan lain pada diri & hati kita. Kita mampu membawa diri kita sendiri, menentukan apa yang kita mahu. Tidak perlukan mereka melainkan Allah s.w.t. Dia telah menetapkan yang terbaik buat dir kita. Namun, jika dirimu kuat, bawalah insan kedua itu ke jalan yang diredhoi. Jangan sesekali kamu gunakan kekerasan, gunakanlah kelembutan dan kehalusan sifat yang dituntut dalam islam. Jika kamu ikhlas atas tindakkan kamumembawanya keluar dari kancah dosa & kelalaian, percayalah kamu akan mampu berjaya membawanya keluar dari kalam dosa & lara. SElepas dari itu, rasailah kebahagiaan & ketenangan hidup yang belum pernah kita rasai sebelumnya...

No comments: